Showing posts with label luahan rasa. Show all posts
Showing posts with label luahan rasa. Show all posts

Thursday, November 7, 2013

..:: taska permata harapan taman melati yang hangat ::..

Rentetan rakaman video parent yang disembunyikan dalam beg anaknya 10 hari yang lalu, hingga hari ini masih hangat isu taska permata harapan taman melati ni diperkatakan di share kat FB dan paper.., menurut  Sinar Harian semalam,  dan Berita Harian hari ni.., pemilik taska tersebut telah melarikan diri... dan polis minta pemilik tersebut serah diri untuk jalankan siasatan... patutlah ummi lalu kat depan taska tu gelap je.... 

Actually ummi pun ada pengalaman jugak ngan TASKA PERMATA HARAPAN ni..., tahun 2008 yang lalu masa ummi baru pindah taman melati ni... tak tahu la samada owner dan pengasuh tu sama atau tidak ngan pengasuh yang sekarang ni sbb dah lama.  ummi tempatkan abang aiman kat situ .  masa tu dia berumur 4 tahun.., dia bertahan tak sampai pun 2 minggu.. nak pergi asyik menangis jee... tak nak turun kereta pagi2 bila ummi hantar... angkat dukung masuk dalam pun asyik tetap menangis tak nak stay situ... masa tu ummi ingat tak de apa2.., mungkin dia tak biasa ditinggalkan sebab sebelum ni dia kat rumah je dijaga oleh adik ummi ... tiap2 hari asyik nangis je... ummi decide berhenti je dari situ walaupun ummi dah bayar yuran bulanan, pendaftaran dan tahunan semua... rupa2nya ini isunya... kesian anak ummi...


Sekarang semua  anak2 ummi 5 orang termasuk abang aiman transit sekolah kebangsaan dan sekolah agama petang ditempatkan ditaska  area situ jugak yang mana Alhamdulillah sejak twin adik abang umur 2 bulan tahun 2009, adik aqeel tahun 2010 dan adik areefa tahun 2012  hingga sekarang ummi berpuas hati dengan asuhan taska ni walaupun berabis lebih 1K setiap bulan..  pengasuh dia pun ok... twin lagi tu.... sangat baik dan tak berkira... masa ummi warded utk bersalin adik aqeel dan baby areefa dulu siap offer nk tolong jagakan waktu malam, tapi ummi tak hantar pun sbb baba ada.., tapi baju2 anak2 ummi yang kotor dia basuhkan.. walhal masa tu ummi dah siapkan baju untuk seminggu.... kadang2 hari minggu pun diaorang ni nak pergi jugak kat taska tu... diorang seronok kat sana.. feedback kawan sekerja yang hantar anaknya kat situ jugak pun sama... anak2nya suka kat situ . anak2nya pun ramai 5 orang jugak... 

Sejak  isu penderaan kat pusat asuhan atau taska ni,  bermacam2 pendapat , pandangan dan komen timbul.. ibu sepatutnya jaga anaklah.., hantar anak kat rumah pengasuhlah, orang gajilah dan macam2 lagi... masa isu orang gaji dera anak pun timbul isu jugak, pengasuh kat rumah dera anak pun sama...  memang tidak dinafikan.., ibu adalah yang paling baik dan layak untuk menjaga dan mengasuh anak sendiri.., tapi setiap orang tak sama keadaan atau situasi.... tiada parent mahu anaknya didera, dianiaya atau di sakiti..

Monday, July 11, 2011

.:: LUAHAN RASA #2 ~ bila diuji ::.


( "pinjam" masa kerja sekejap taip entri ini, nanti ganti balik... nak hilangkan ngantuk ni...)

Seksanya bila nikmat Allah ini ditarik balik…. Nikmat sihat….. Nikmat bersuara….. dimana dah 4 hari suara tengelam timbul macam burung kakak tua tercekit je…. Tambah plak hidung asyik berair je… Dah la kerja nak kena ber comunicate dgn orang…. Bila jadi camni, camne tu..??? terpaksalah menolak dengan hormat beberapa tugasan yang memerlukan bersuara dan bercakap…. Termasuk la pesan kat operator agar dikecualikan panggilan tepon untuk menjawab apa2 persoalan dan pertanyaan public hari ni…. ( harap2 tak de la deringan tepon hari ni… tak larat bersuara rasanya…) biarlah hari ni di isi dengan kerja-kerja yang memerlukan tarian jari-jemari kat keyboard ni saje…. Banyak paper nak kena submit this week…


Dah abis sebotol ubat batuk still tak hilang2 lagi batuknya nih… gatal je tekaknya ni… dah la pergi klinik lain plak semalam ubat yang dibagi mcm tak kena je pulak….. ingatkan bagi ubat seperti yang sebelum ni… adehhhh….


Dah tahu batuk makan tak pantang… semua telan je…. Tak kira apa… macam mana la nak baik batuk tu…. Ishhhhh… ikut nafsu dan selera tekak je tak kira apa…..


Batuk dan selsema … huhuhuuuu…. Bila makan kedua2 ubat ni maka kepala pun weng2 laa… melayang2 …. Mata pun melayuuuu jeee…. Ishhh…. Cam ne nak concentrate kat kerja nak cari idea nak siapkan paper2 ni….


Air-cond kat bilik ni pun satu… bila la nak OK… dan berbulan2 nak kena hadap kipas je… pedih mata ni wehhhh….. bila mata pedih, maka rasa cam nak terpejamm je…. Sudahnya terlentok kat meja….. tak tahan woooo….


So, sesapa yang lalu kat depan bilik ai ni kalu ternampak ai tersengok2… terlentok2 tu bukan sengaja wokehhhh…. Segala2 nya adalah disebabkan oleh sebab2 diatas yang bukannya dipinta, tapi di uji oleh Allah…. Bila nikmat sihat ditarik ….. Nak MC tak boleh sbb tak demam.

Ada ke apa2 petua nak hilangkan batuk tanpa makan ubat2 batuk klinik/hospital ni...



Note: gatal2 tekak camni kalu makan asam asam jawa cecah gula ok gak… ( dah terliur bila terbayang ni…) cari kat pantry kot2 ada asam jawa tersesat tak de plak…. Dah la canteen/café dan setahun tutup... dah siap renovate pun still tutup… seksa nak cari makan kena menapak jauh, kesimpulannya tak payah lunch…. Selamat poket, selamat body (diet kononnnn ) walhal malam makan tak ingat…. Tak de makna nya diet!!!

~ betapa besarnya nikmat SIHAT yang Allah bagi pada hambanya... ~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails