Tuesday, May 31, 2011

.:: petang itu di situ ::.

kat tasik titiwangsa... tempat lepak petang2 .... masa tu ada pertandingan controlled car.... diorang ni mmg minat kat car2 ni....  lepas abis tu gi tengok control heli plak kat padang ni... tapi kejap je sbb uncle tu dah lama kat situ nak balik dah... terlupa  nak snap gambar2 tu semua ..
yang sempat gambar budak ni je la...
*
*
*
.:: gaya ala2 model ::.




Saturday, May 28, 2011

.:: happy 1st birthday adik aqeel ::.

.:: HAPPY 1st BIRTHDAY ADIK AQEEL ::.
dah besar dah anak ummi yang comel dan bijak ni.... (puji nampak...) tapi memang comel dan bijak pun kan... adik aqeel ni cepat belajar something dan belum pun sampai setahun adik aqeel dah boleh jalan walaupun tak stabil lagi compared to abang2 yang lain yang 1 year plus baru boleh menapak...

adik aqeel banyak belajar dari abang twin nya... mungkin sebab unurnya yang agak close ngan abang kembarnya... yang baik pun dia belajar dan ikut, yang buruk pun dia ikut sama... main bertiga sama2... ni kalu time mood elok la... thats why ummi panggil budak 3 orang ni triplet....

... jom lihat perkembanga adik aqeel..
*
*
*
.:: newborn ... kat hospital PUSRAWI  28 Mei 2010 ::.


.:: 1 month old ::.

.:: 2 months old... sebelum dibotakkan ::.

.:: baby botak.. he3, tp still maintain comel ::.


 .:: ni masa mula2 boleh niarap. citer boleh baca kat SINI ::.

.:: 6 months old ::.

.:: dah dewasa dah... dah boleh drive ::. 



 .:: buah hati ummi nih.. muah3..::.
~ semoga anak ummi ni jadi anak yang soleh... aminnnn... ~


memandangkan next week Insya Allah kami plan nak pulang ke kampung, so we decide nak celebrate birthday adik aqeel kat kampung... happening sket ramai2 ngan sepupu2 yang lain ..

Friday, May 27, 2011

.:: aqeel's birthday ~ goodies pack utk. kawan2 ::.

esok 28 hb. genaplah umur adik aqeel 1 tahun... so, memandangkan masa 2nd birthday twin ammars hari tu dicelebrate bersama gang kembar masa gathering hari tu, maka untuk adik aqeel punya birthday ni ummi prepare goodies pack ni untuk kawan2 kat nursery dia pulak... just untuk menggembirakan kawan2 kat nursery tu...

so lepas ambik anak2 kat nursery terus standby tunggu baba balik  kerja gi beli semua barang. Nasib baik sempat... dan  bila triplet AH ni dah tido,selesaikan kerja2 rumah, siapkan bag sekolah abang aiman dan beg nursery triplet ni semua, hampir jam 2 pagi barulah bermula operasi ummi menyiapkan 45 goodies bag ni... termasuk designkan tag ni ,  print dan stapled kan kat pack tu... dekat jam 4 pagi baru settled semua.

selagi budak 3 orang ni tak tido jangan haraplah ummi boleh buat kerja... apatah lagi nak mengadap laptop... thats why kdg2 kalu yang "friend" kat FB tu kalu perasan lewat malam ataupun diawal pagi sebelum twin ni bangun ( weekend) baru online... masa nilah kalu nak siapkan entry pun untuk diauto published esoknya... kadang2 kalu rajin malam weekend tu siapkan 3-4 entry terus.. (itupun kalu ada idea....)


ishhh.... dah melalut kemana2 la plak....

.:: adik aqeel ::.

apa pun inilah goodies pack yang ummi siapkan untuk kawan2 kat nursery...
*
*
*
.:: dah siap masukkan makanan ::.

.:: simple tag ::. 

.:: lekatkan tag ::.

.:: closed up sket ::.

~ goodies ni ummi kena bagi pagi ni kat nursery walaupun birthday adik aqeel besok (28 hb. Mei) sebab esok tak ramai kat nursery sebab saturday, and next week plak sure ramai yang takde sebab school holiday ~

.:: layan omen tengah2 malam.. ::.

ni citer malam semalam... ummi tak sempat nak siapkan apa2 entri semalam sbb terpengsan awal jugak bila triplet ni pun terpengsan awal dalam pukul 9  kot... di paksa tido oleh baba sbb ummi keluar jap beli hadiah teacher day sekolah agama abang aiman... (abang aiman ni pun satu... dah balik rumah baru cakap nak beli hadiah, padahal sebelum tu dah merata pergi termasuk ke giant tak nak cakap... bila sampai rumah baru cakap... ggrrrr....  )
biasanya budak bertiga ni kalau tak pukul 12 atau 1 pagi jangan haraplah nak tido... bila ummi balik aroung 9 tu dah tido  pun masing2... ummi pun join skali lepas siapkan hadiah abang aiman tu... (bukan senang oo nak tido awal cam gini...) alih2 jam 3 pagi bangun ketiga2nya sekali...  layan abang aiman punya omennn..
*
*
*
.:: 3 raksasa lawan 1 omenn ::.










~ asalnya ummi buat tajuk entry kat atas tu  < ber"omen" di tengah malam... >" .. sekali baca macam lucah plak... tu tukar cepat2 nasib baik belum publish...~

Wednesday, May 25, 2011

.:: cermin ajaib ::.


Asalnya gambar ni ummi pertaruhkan untuk join contest setelah ditag oleh mamakembar3 iaitu contest baby love mirror .... anjuran elle ni...
malangnya sampai ke hari ni  ummi tak dapat nak ke blog puan penganjur ni.. tak tahu apa masalahnya... gambar dan banner kat entry mamakembar3 pun hilang...  mungkin bukan rezeki ummi nak join contest ni... kuciwa la jugak... dah siap dah entry ni cuma nak copy banner je...

....... apa pun jom tengok ragam kembar ni dengan cermin ajaib ni...
*
*
*
*

~ twin hazimi kehairanan macam mana gambar dalam cermin memakai cermin mata.... sedangkan hakikatnya mereka tak pakai pun cermin mata itu... sebenarnya itu adalah CERMIN AJAIB..!!! ~

~ terpaksalah ummi edit balik entry ni yang dah lama tersimpan kat draf.. sbb rasanya dah tak de peluang kot nak join sbb tarikh tutupnya ialah 26 Mei.. ~


Tuesday, May 24, 2011

.:: botol tutu pelik dan unik ::.

nak tau tak...... twin ammars ni mempunyai beberapa jenis botol "tutu" yang pelik dan unik dan pastinya orang lain tak de...

antara koleksi botol tutu yang pelik dan unik yang dimiliki twin ammars ni ialah
*
*
*
.:: ..... botol susu yang mempunyai sikat di dalamnya..... ::.
abaikan kecekcian budak ni...
~ sesuai bagi yang memetingkan gaya dan penampilan... boleh betulkan gaya rambut bila2 masa dimana jua..~
*
*
*
*
.::  botol tutu yang extra panjang ... boleh dilaras ikut kesukaan ::.
 ~ sesuai bagi menghadapi serangan musuh... boleh cabut satu2 untuk dibaling pada pihak musuh ~
*
*
*

.:: .....botol tutu berkembar.... ::.
~ sesuai bagi yang suka minum banyak... tak cukup dengan satu botol je..~
.... mentang-mentang la dia ni kembar, botol tutu pun nak dikembar jugak ya...

ammar hazimi ni memang kretif dan banyak akal... ada je idea dan akalnya yang pelik2... adik..adik... melampau la gaya minum adik ni...

Monday, May 23, 2011

.:: pakatan twin ammars ::.

rambut twin ammar ni tegak... berbeza ngan adik aqeel... so diorang jeles ngan rambut adik aqeel...
*
*
*
~ berbincang sebelum memulakan operasi ~

~ operasi bermula ~


~ gel rambut baba selalu jadi mangsa budak 2 orang ni... baba selalu careless tak tutup/pusing rapat2 penutup botol tu.... budak 2 orang ni apa lagi.... kadang2 sampai lencun rambut tu... ~

.:: cantiknya tangan ::.

cantiknya tangan budak ni dengan lukisan abstrak ni..... tak de kertas ke adik??


bila ummi bagi pensel je tak nak... nak pen jugak.... dah bagi buku masing2... tapi kat situ jugak yang ditulisnya.... adik... adik... patutla senyap je  menulis...

Friday, May 20, 2011

.:: mutiara Jumaat ::.

Salam pagi Jumaat semua….



Selawat ini banyak fadhilat dan kelebihannya jika diamalkan antaranya dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.

Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi. Jika dibaca setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke darjat yang tinggi

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan. sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.

Semoga kita sama-sama mengamal dan mendapat manafaat daripadanya.

Sumber rujukan: berpesan-pesan


Sekadar berkongsi Selawat yang amat baik untuk sama-sama kita amalkan iaitu Selawat Nariyah atau disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang.

Thursday, May 19, 2011

.:: melukis la pulak ::.

...... pertandingan melukis antara 3 orang budak tecik ni......
*
*
*

.:: buka buka cari page yang sesuai untuk mulakan lukisan ::.

.:: adik aqeel tengah khuyuk melukis tu::.

.:: abang duk sibuk nak lukis kat buku adik plak... dah ada sendiri punya.. ::.

.:: adik aqeel tetap gigih menyiapkan lukisannya ::.

.:: fuhhh... fenat wehhh... lapar la pulak ::.

.:: "ummi... lapar la..nak tutu..!!" ::.

.:: bedak kasut ::.

Jom skodeng aktiviti atau projek rahsia twin ammar lagi... iaitu mengkapurkan membedakkan kasut2 agar ianya putih lagi wangi selesa dipakai ke mana sahaja...

ishhh budak 2 orang ni.. pantang nampak botol bedak.... pasti ada je la aktiviti yang nak dibuatnya... sebelum ni dah bedakkan katil/cadar kat entri INI ... pastu lantai kat entri INI ... kali ni kasut2 plak yang menjadi mangsa... sabar je laaa....







.:: menangis bila ummi rampas botol bedak tu::.




~ SABAR... SABAR... SABAR.... apa lagi yang bolehb diperkatakan..... selagi bergelar budak2 ni je aktivitinya... belum bisa membezakan yang betul dan tak betul... SABARRRR~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails