Rentetan rakaman video parent yang disembunyikan dalam beg anaknya 10 hari yang lalu, hingga hari ini masih hangat isu taska permata harapan taman melati ni diperkatakan di share kat FB dan paper.., menurut Sinar Harian semalam, dan Berita Harian hari ni.., pemilik taska tersebut telah melarikan diri... dan polis minta pemilik tersebut serah diri untuk jalankan siasatan... patutlah ummi lalu kat depan taska tu gelap je....
Actually ummi pun ada pengalaman jugak ngan TASKA PERMATA HARAPAN ni..., tahun 2008 yang lalu masa ummi baru pindah taman melati ni... tak tahu la samada owner dan pengasuh tu sama atau tidak ngan pengasuh yang sekarang ni sbb dah lama. ummi tempatkan abang aiman kat situ . masa tu dia berumur 4 tahun.., dia bertahan tak sampai pun 2 minggu.. nak pergi asyik menangis jee... tak nak turun kereta pagi2 bila ummi hantar... angkat dukung masuk dalam pun asyik tetap menangis tak nak stay situ... masa tu ummi ingat tak de apa2.., mungkin dia tak biasa ditinggalkan sebab sebelum ni dia kat rumah je dijaga oleh adik ummi ... tiap2 hari asyik nangis je... ummi decide berhenti je dari situ walaupun ummi dah bayar yuran bulanan, pendaftaran dan tahunan semua... rupa2nya ini isunya... kesian anak ummi...
Sekarang semua anak2 ummi 5 orang termasuk abang aiman transit sekolah kebangsaan dan sekolah agama petang ditempatkan ditaska area situ jugak yang mana Alhamdulillah sejak twin adik abang umur 2 bulan tahun 2009, adik aqeel tahun 2010 dan adik areefa tahun 2012 hingga sekarang ummi berpuas hati dengan asuhan taska ni walaupun berabis lebih 1K setiap bulan.. pengasuh dia pun ok... twin lagi tu.... sangat baik dan tak berkira... masa ummi warded utk bersalin adik aqeel dan baby areefa dulu siap offer nk tolong jagakan waktu malam, tapi ummi tak hantar pun sbb baba ada.., tapi baju2 anak2 ummi yang kotor dia basuhkan.. walhal masa tu ummi dah siapkan baju untuk seminggu.... kadang2 hari minggu pun diaorang ni nak pergi jugak kat taska tu... diorang seronok kat sana.. feedback kawan sekerja yang hantar anaknya kat situ jugak pun sama... anak2nya suka kat situ . anak2nya pun ramai 5 orang jugak...
Sejak isu penderaan kat pusat asuhan atau taska ni, bermacam2 pendapat , pandangan dan komen timbul.. ibu sepatutnya jaga anaklah.., hantar anak kat rumah pengasuhlah, orang gajilah dan macam2 lagi... masa isu orang gaji dera anak pun timbul isu jugak, pengasuh kat rumah dera anak pun sama... memang tidak dinafikan.., ibu adalah yang paling baik dan layak untuk menjaga dan mengasuh anak sendiri.., tapi setiap orang tak sama keadaan atau situasi.... tiada parent mahu anaknya didera, dianiaya atau di sakiti..
1 comment:
Sedih bercampur geram bila tgk vid tu..Sian kan kak..Tp kita ni ibubapa bekerjaya mncari rezeki trpaksa juga antar. Berserah pada Allah jela..huhu
Nukilan UmmiAbi
Post a Comment