aduhhh... tak habis2 baca kisah buang bayi ni.... boleh dikatakan hari2... ada je kes2 macam ni.... dimanakah sifat kemanusian seorang manusia.... kejamnya.... salah siapakah ini???
BERITA 1:
Bayi ditinggal dalam beg plastik
KUALA LUMPUR 13 Jun - Seorang bayi perempuan ditemui dalam beg plastik di belakang sebuah pusat hiburan di Jalan Langkawi, Danau Kota, Setapak di sini hari ini.
Seorang lelaki yang mahu keluar dari tempat letak kereta di bawah bangunan tersebut menyedari kehadiran bayi malang itu pada pukul 11.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, bayi yang sempurna sifatnya itu ditinggalkan dalam beg plastik dengan hanya dibalut sehelai baju T berwarna merah.
Menurutnya, bayi masih bertali pusat itu disyaki berbangsa Melayu.
"Bayi tersebut kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Seorang pengawal keselamatan, Nair Sahar, 19, memberitahu, dia menemui dalam beg plastik itu setelah dimaklumkan oleh seorang lelaki yang meletakkan keretanya di bawah bangunan tersebut.
Katanya, dia segera membuat pemeriksaan dan menemui bayi tersebut yang ditinggalkan di tepi laluan masuk ke tempat letak kereta berkenaan.
"Saya buka beg plastik berwarna putih berisi bayi itu dan meletakkan payung di atasnya bagi mengelak dia kepanasan.
"Saya memaklumkan kepada majikan yang kemudian menghubungi polis," katanya.
ketika ditemui di tempat bayi itu ditemui di sini hari ini.
Menurutnya, bayi berkulit cerah dan comel itu tidak menangis semasa ditemui.
BERITA 2:
Remaja beranak dalam tandas, bayi mati
JEMPOL 13 Jun - Seorang remaja berusia 16 tahun melahirkan anak di dalam tandas rumah keluarga angkatnya di Feldajaya Selatan Raja Alias di sini semalam, selepas mengadu sakit perut.
Menurut bapa angkatnya yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 41, dia dimaklumkan isterinya mengenai keadaan anak angkatnya itu pukul 8.40 pagi.
"Isteri saya terdengar jeritan anak angkat kami yang ketika itu berada dalam tandas dan setelah diperiksa didapati dia telah melahirkan seorang bayi.
"Menurut anak angkat kami, dia tidak menyangka akan melahirkan bayi itu kerana kandungannya baru berusia tujuh bulan.
"Dia hanya merasa sakit perut seperti hendak membuang air tetapi tiba-tiba bayi itu jatuh ke dalam lubang tandas sebelum dia lekas mengambilnya," katanya di sini hari ini.
Man kemudian menghubungi ambulans dan melaporkan kejadian tersebut di balai polis berdekatan.
Katanya, bayi itu yang dilahirkan tidak cukup bulan meninggal dunia selepas beberapa minit dilahirkan.
Tambahnya, anak angkatnya itu mengaku terlanjur bersama teman lelakinya berusia 20 tahun dari Melaka tahun lalu dan kehadirannya di rumah mereka sejak seminggu lalu kerana ingin bercuti bersama adiknya.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu dan memberitahu bayi berkenaan telah meninggal dunia sebelum ambulans tiba di tempat kejadian.
"Mayat bayi dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk dibedah siasat. Remaja yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu difahamkan datang bercuti ke rumah keluarga angkatnya," katanya.
Katanya, polis akan memanggil remaja itu yang kini menerima rawatan di Hospital Jempol untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Kata Mohd. Sabri, kes itu disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Sumber berita : Utusan Online.
.:: gambar hiasan ~ adik aqeel ::.
~ ummi cuba bayangkan adik aqeel yang comel ni jika berada ditempat baby itu.... aduhhh.... tak sanggup ummi....!!!!!! ~
*
*
*
*
*
~ sekarang bulan Jun.... kalau di reverse 9 bulan dan 7 bulan yang lalu ... jatuh pada bulan Ogos dan bulan Januari... adakah dan mungkinkah kerana sambutan kemerdekaan dan sambutan tahun baru yang mengundang kepada perlakuan sumbang ini ... ??? Wallauhua'lam... . siapa yang perlu dipersalahkan ???
1 comment:
ermm..xtau sapa yg patut dipersalahkan.mungkin budak2 tu terlalu bebas dan ibu bapa pun kdg2 terlepas pandang dan bg 100% kepercayaan kat ank tu.kesian kan kat babies yg terbuang.yg kisah budak form 4 tu,xkan makpak diorg xperasan kot.rsnye 7bulan perut mesti nmpak,walau die sekurus mana atau segemuk manapun.bentuk tubuh tu mesti berubahkan.
Post a Comment