Thursday, April 28, 2011

buang bayi lagi ??? kejam..!!

Ishhh... tak habis2 berita pasal buang bayi ni... kesiannya kat baby2 yang tak berdosa nih.. kalau rasa tak nak tak yah la nak dibuang sesuka hati cam sampah.... ramai lagi insan2 yang tak dikurnikan Allah anak sudi menerimanya... tapi buatlah ikut prosedure yang betul...

kucing pun tahu sayangkan anaknya... sampaikan ada peribahasa " bagaikan kucing hilang anak.." merujuk kepada sifat "meroyan" kucing bila anaknya tak de...  Inikan pula manusia yang dikurnia akal dan fikiran.... manusia yang tahu buat anak, tapi tak nak ber "anak".... betapa kejamnya manusia ini..!!! layakkah bergelar manusia kalu cam gini perangai nya ...

bayangkan lah jika baby ni dewasa kelak.... tahu sebenarnya dia adalah anak buangan... ishhhh kesiannn....

.:: bayi yang tak berdosa... tapi jadi mangsa ::.

 .:: tempat bayi ni dijumpai ::.
*
*
*
berita penuhnya di Harian Metro hari ni
*
*
*
Bayi baru lahir di bawah pokok

GEORGETOWN: Hanya beralaskan kain dan dibungkus dengan plastik hitam, seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di bawah pokok di Jalan Satu, Changkat Miden di Gelugor, pagi semalam.

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui jam 7 pagi oleh orang ramai yang kebetulan berjoging di kawasan berkenaan.

Saksi, T Satyadevi, 69, berkata, ketika itu dia berada dalam rumah kakaknya tidak jauh dari kawasan berkenaan sebelum dikejutkan dengan penemuan bayi itu selepas terdengar tangisan bayi.

Menurutnya, dia yang bergegas ke kawasan itu diminta membuka bungkusan berkenaan.

Katanya, dia terkejut apabila mendapati seorang bayi lelaki yang comel masih bertali pusat dalam bungkusan berkenaan dan terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.

“Saya bersyukur kerana bayi comel ini ditemui hidup walaupun masih dalam keadaan bertali pusat serta tidak digigit anjing atau serangga berbisa lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai penemuan bayi lelaki yang masih bernyawa dan sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi penemuan.

Menurutnya, bayi lelaki yang masih belum diketahui bangsanya itu k dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, pihaknya masih lagi menyiasat untuk mengenal pasti pihak yang tidak bertanggungjawab meninggalkannya di kawasan berkenaan.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di talian 04-2181822.

sumber: harian metro

note: tak boleh  bayangkan anak-anak ummi kalu dibuang atau diletakkan kat tempat2 cam gitu.... oh tak sangguppp.... Nauzubillah..




4 comments:

bonda dadif aka akish said...

aduhai..tak rase sayu gamaknye hati time dia letakkan bby kat situ..

=(

Huszaini said...

As salam, tuan tanah, Jemput join segmen pertama AMRAFAHAN

http://amrafahan.blogspot.com/2011/04/segmen-pertama-amrafahan.html

mzhany said...

Ya ALLAH, tak habis habis lagi kan..ishh mintak jauh la hai...

Izan Ishak said...

takde hati perut betul org yg sanggup buang bby ni~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails