Tuesday, April 12, 2011

Hidangan ikan patin RM13,000 ???

Terkejut baca berita kat Berita Harian online tadi pasal harga hidangan ikan patin, sedikit sayuran / ulaman kampung untuk 50 orang beharga RM13,000..... kalah makan kat hotel nih.... kalau dulu kecoh kat T'ganu pasal nasi dagang lauk kepala ikan tongkol, kini kat pahang pasal ikan patin pulak.. 


(bukan kedai ni ya yang mahal tu... ni sekadar gambar hiasan diambil dari blog kedai ni... kedai ni harga patinnya antara RM12 - RM14.00 je sekilo bagi patin sangkar, manakala patin liar antara RM60.00 - RM80.00 je sekilo)
~ bukan promote kedai ni ya.. saya tak kenal pun... google je tadi.... ~

Berita Penuhnya...

*
*
*


Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000


2011/04/11


TEMERLOH: Sekumpulan 50 pelanggan yang menikmati hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.

Seorang daripada pelanggan terbabit yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau membawa rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan ini yang menyediakan ikan sungai, ulaman dan sayur kampung baru-baru ini. "Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya. Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada mereka dikenakan bayaran RM260.


"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

Difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram dan apabila dimasak ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiz.


Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram dan selepas dimasak dijual antara RM5 dan RM7 seketul.


Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

"Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali," katanya. - BERNAMA
 
Kredit Info: Berita Harian - Mutakhir

2 comments:

Amirrah Zawani said...

gila lah.. sekali makan pokai terus =_=

mzhany said...

ha'ah hany pun ada baca...huhu heboh mcm kes nasi dagang dulu kan....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails