Friday, April 29, 2011

tahi lembu pun berharga..

Nak tahu berharga atau taknya tahi lembu , boleh baca berita kat bawah ni.... jika sanggup larikan 52 guni tahi lembu yang dijadikan baja tu maknanya berharga lah tu....  Ingatkan getah sekerap je yang menjadi mangsa pencuri.., tahi lembu pun jadi pilihannn....

.:: agaknya beginilah rupa tahi lembu yang dilarikan tu ::.

.:: proses buat baja ::. 
sumber gambar dari SINI 
credit to: Ecah
* * * * * **************************************** * * * * * *

berita penuhnya kat sini
*
*
*
Kena cekup larikan tahi lembu


2011/04/29


MERSING: Demi mendapatkan wang secara mudah, empat buruh sanggup melarikan 52 guni baja tahi lembu dari sebuah ladang dekat Sungai Ambat di sini, petang kelmarin.

Namun, kegembiraan kumpulan pencuri terbabit yang membawa sebuah lori ketika mencuri baja bernilai RM4,000 itu berakhir apabila kenderaan dinaiki dipintas dan ditahan polis dua jam kemudian. Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rashid, berkata sepasukan anggota polis digerakkan untuk mengesan kumpulan berkenaan selepas menerima maklumat mengenai kejadian terbabit. “Polis mengesan kenderaan yang digunakan mereka di Kahang. Pemeriksaan mendapati ia sarat dengan muatan baja tahi lembu yang dilaporkan hilang.

“Siasatan polis mendapati, empat lelaki berusia lingkungan 40-an yang ditahan itu pekerja kontrak yang ditugaskan menyelesaikan kerja membaja ladang sawit di FELDA Sungai Ambat.

“Sebelum mencuri baja terbabit, semua suspek menjalankan kerja membaja di ladang berkenaan, namun mula bertindak memunggah bahan buangan haiwan itu ke dalam lori selepas yakin keadaan itu selamat kerana percaya ia boleh dijual kepada pembeli yang berminat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Nor berkata, semua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut kes mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri baja berkenaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan denda.

sumber : berita harian online

Thursday, April 28, 2011

buang bayi lagi ??? kejam..!!

Ishhh... tak habis2 berita pasal buang bayi ni... kesiannya kat baby2 yang tak berdosa nih.. kalau rasa tak nak tak yah la nak dibuang sesuka hati cam sampah.... ramai lagi insan2 yang tak dikurnikan Allah anak sudi menerimanya... tapi buatlah ikut prosedure yang betul...

kucing pun tahu sayangkan anaknya... sampaikan ada peribahasa " bagaikan kucing hilang anak.." merujuk kepada sifat "meroyan" kucing bila anaknya tak de...  Inikan pula manusia yang dikurnia akal dan fikiran.... manusia yang tahu buat anak, tapi tak nak ber "anak".... betapa kejamnya manusia ini..!!! layakkah bergelar manusia kalu cam gini perangai nya ...

bayangkan lah jika baby ni dewasa kelak.... tahu sebenarnya dia adalah anak buangan... ishhhh kesiannn....

.:: bayi yang tak berdosa... tapi jadi mangsa ::.

 .:: tempat bayi ni dijumpai ::.
*
*
*
berita penuhnya di Harian Metro hari ni
*
*
*
Bayi baru lahir di bawah pokok

GEORGETOWN: Hanya beralaskan kain dan dibungkus dengan plastik hitam, seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di bawah pokok di Jalan Satu, Changkat Miden di Gelugor, pagi semalam.

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui jam 7 pagi oleh orang ramai yang kebetulan berjoging di kawasan berkenaan.

Saksi, T Satyadevi, 69, berkata, ketika itu dia berada dalam rumah kakaknya tidak jauh dari kawasan berkenaan sebelum dikejutkan dengan penemuan bayi itu selepas terdengar tangisan bayi.

Menurutnya, dia yang bergegas ke kawasan itu diminta membuka bungkusan berkenaan.

Katanya, dia terkejut apabila mendapati seorang bayi lelaki yang comel masih bertali pusat dalam bungkusan berkenaan dan terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.

“Saya bersyukur kerana bayi comel ini ditemui hidup walaupun masih dalam keadaan bertali pusat serta tidak digigit anjing atau serangga berbisa lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai penemuan bayi lelaki yang masih bernyawa dan sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi penemuan.

Menurutnya, bayi lelaki yang masih belum diketahui bangsanya itu k dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, pihaknya masih lagi menyiasat untuk mengenal pasti pihak yang tidak bertanggungjawab meninggalkannya di kawasan berkenaan.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di talian 04-2181822.

sumber: harian metro

note: tak boleh  bayangkan anak-anak ummi kalu dibuang atau diletakkan kat tempat2 cam gitu.... oh tak sangguppp.... Nauzubillah..




adegan rampasan kuasa...

FILEM: HIKAYAT MERONG AMMARS BERSAUDARA
masa: suatu petang...
 lokasi: dalam cik puan nabira (madu no. 2 ummi nih..)
pelakon utama: twin ammar hazimi & hamizi & adik aqeel
pengarah : abang aiman
jurukamera: ummi
producer: ummi nisa dari nisa1575film.blogspot.com
*
*
*
jeng...jeng...jeng...
*
*
.:: asalnya adik hazimi yang menguasai takhta... tanpa gangguan::.

.:: tiba-tiba muncul abang hamizi  cuba nak menguasai takhta ::.

.:: adik tetap pertahankan ::.

.:: abang tetap menyerang tanpa mengalah ::.

.:: adegan tarik rambut bermula (ishhh... cam gegirl la...)  demi menguasai takhta ::.

.::  adik hampir putus asa,abang hampir berjaya ::.

.:: akhirnya abang berjaya merampas takhta, adik menangis kuciwa ::.

.:: abang dengan happynya mula menguasai takhta, adik..." baik main keta ni je la" ::.

.:: adik mula mengundur diri.. surrender..  ::.

.:: tinggalah abang sorang diri... menjadi raja sehari menguasai takhta::.

.:: tiba-tiba abang menangis,ada kuasa baru menyerang.. siapakah dia?? ::.

.:: jeng3... inilah dia.. kuasa baru super power adik aqeel, abang terpaksa undur ::.

.:: yeahhh...  kuasa baru yang menguasai takhta... tersenyum bangga ::.

*

*
*
kesinambungnya klik kat SINI

.:: sekian... terima kasih ::.

Wednesday, April 27, 2011

balasan dan azab...

Entri kali ni masih lagi berkisar bab solat.. bukan apa, terlanjur 2 entri sblm ni bab solat, maka sebagai kesinambungannya lah saya nak kongsikan bersama disini sebagai peringatan...

sumber gambar : google

 
BALASAN BAGI YANG MENINGGALKAN SOLAT 5 WAKTU


SUBUH– Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.


ZUHUR – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.


ASAR – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam?

 
MAGHRIB – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Adakah kita sanggup??? Nauzubillah...

 
ISYAK– Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”



AZAB BAGI YANG MENINGGALKAN SOLAT:

 DUNIA
1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.



SAKARATUL MAUT
1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. (su’ul khatimah)
4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.



ALAM BARZAKH
1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)

 HARI KIAMAT
1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

sumber rujukan: ohislam.com

sumber gambar: google
Note: Bukan apa.... saya sebenarnya cukup sedih dengan sikap manusia yang mengaku muslim, tapi ambil mudah bab2 solat... saya terlibat secara langsung dalam permasalahan rumahtangga pasangan suami isteri dan kebanyakkannya bila ditanya bab solat dengan selamba dan dengan rasa tak bersalah dan tak takut hukum Allah mengaku tak solat, solat tapi tak cukup dan bermacam-macam lagilah alasannya...Maklumlah balasan atau azabnya Allah tak bagi terus, jadi manuasia lupa dan rasa tiada apa-apa... kadang-kadang Allah tunjukkan terus balasannya, tapi manusia tak nampak atau tak anggap itu adalah pembalasan dari Allah... Nauzubillah...


Tuesday, April 26, 2011

حى علي الصلاة

حى علي الصلاة   .... "mari menunaikan solat.."


sedih baca berita semalam kat Metro pasal isteri yang ditikam oleh suaminya gara-gara mengejutkannya untuk solat subuhh... apalah nak jadi pada umat Muhammad sekarang ni.... hal yang wajib dianggap remeh temeh dan main-main..... bukankah solat itu tiang agama... ibadah fardu dan wajib bagi setiap manusia even yang terlantar sakit pun wajib solat walaupun dengan isyarat mata.... dan kalau tak mampu nak buat juga tu dikira dah Inna lillahi wainna ilaihiraaji'unn... Isteri yang penuh dengan rasa tanggungjawab cuba untuk ingatkan dan kejutkan suami untuk solat ditikamnya dengan kejam sekali.... moga Allah memberi pahala dan ganjaran yang besar buat isteri ini...

OK.. kita tinggalkan dulu cerita isteri kat atas tu... kita tengok pula cerita heroes ummi ni solat... pantang tengok ummi ngan baba solat.. masing-masing sibuk nak berjemaah sama..
*
*


.:: ni solat ke nak gosok gigi ni.. ::.




.:: sempat main kereta lagi tu...  ::.





.:: doa anak solat ::.
kredit to: azwananuara

[40]"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.


[41]"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"


~ semoga anak-anak ummi jadi anak2 yang soleh... aminn.. ~






Monday, April 25, 2011

tikam isteri sbb kejut solat subuh..

kepada sesiapa yang belum berkesempatan nak belek harian Metro hari ni, ingin saya konsikan berita yang menyedihkan ini....

Si suami bukannya nak berterima kasih pada isteri sbb tolong kejutkan untuk solat, tapi ditikamnya..... aduhh zalimnya suami....

Jom baca berita penuhnya
*
*
*

Marah kejut solat Subuh



Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my

AMPANG: Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh.


Kejadian berlaku di rumah pasangan berusia 30-an terbabit di Pandan Indah Commercial Park, di sini, kira-kira jam 6 pagi semalam dan mangsa yang kehilangan banyak darah akibat cedera di perut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila suami mangsa yang tidur berang selepas dikejutkan isterinya dan disuruh mendirikan solat Subuh.

“Tindakan mangsa menyebabkan suaminya berang sebelum berlaku pertengkaran hampir 10 minit. Suaminya yang hilang pertimbangan membelasah mangsa lebih 30 minit sebelum mengarahkan mangsa jangan menyuruhnya bersolat.
“Biarpun dibelasah dan diugut demikian rupa, mangsa masih meminta supaya suaminya berubah selain menunaikan solat,” katanya.

Menurutnya, keengganan mangsa mematuhi arahannya menyebabkan suaminya bertindak lebih agresif dengan mengambil pisau dan menikam perut wanita itu.

“Mangsa terjatuh sebaik ditikam dan keadaan itu menyebabkan suaminya panik, apatah lagi selepas melihat isterinya berlumuran darah serta meraung kesakitan,” katanya.

Sumber itu berkata, bunyi bising akibat pertengkaran dan serangan suspek ke atas mangsa menarik perhatian jiran mereka, seorang lelaki berusia lewat 20-an yang bergegas ke rumah pasangan itu.

“Sebaik masuk ke rumah berkenaan yang pintunya tidak berkunci, jiran itu melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah manakala suaminya berdiri sambil memegang pisau.

“Terkejut dengan kehadiran jirannya, suspek segera melarikan manakala mangsa dibawa jirannya itu ke hospital dengan bantuan beberapa jiran lain,” katanya.

Difahamkan, sehingga petang semalam keadaan mangsa dilaporkan kritikal manakala suaminya yang menghilangkan diri kini diburu polis.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan.

sumber : Harian Metro

nak anak kembar...??

Jika ditanya persoalan ini, ramai rasanya yang teringinkan anak kembar.... Alhamdulillah... Allah kurniakan pada kami anugerah ini...

Ini adalah dikira entri sambungan dari entri mengenai kembar sebelum ini. Sila jangan percaya dan terpedaya dengan kembar 2 atau 3 pasang ummi tu… ummi saje je mengkembarkan adik aqeel dan juga abang aiman…



Jika ditanya mengenai tips atau petua untuk mendapatkan anak kembar…. Jawapan ummi hanya satu…. Iaitu, segalanya adalah kehendak, kuasa dan rezeki dari NYA jua yang bersifat Ar Razzaqu (yang maha pemberi rezeki).


Walaupun begitu, mungkin ummi boleh kongsikan disini sedikit sebanyak petua atau pandangan atau hasil kajian yang pakar la kot dalam hal kembar2 ini…


1. Petua atau kata-kata orang tua kalau kita makan sesuatu contohnya buah yang kembar,  akan dapat anak kembar…
gambar sumber: google
Dalam hal ini, memang ummi ingat sebelum mengandungkan twin ammars ni, memang ummi pernah makan pisang kembar…. TAPI, ummi tak nak percaya dan yakin ini puncanya sebab mak ummi (nenek ammars) pernah makan telur kembar (dalam satu biji terdapat 2 biji telur kuning), tapi tak de plak ummi dapat adik kembar….


Istilah kembar ialah kelahiran yang lebih dari satu, jika kambing yang beranak lebih dari seekor anak, maka diistilahkan kembar juga ke???, dan bila anak kambing ni besar disembelih, maka sesiapa yang makan daging kambing ini adakah dikira makan “kembar”, jika teori ni betul, rasanya lagi ramai la kat dunia ni dapat anak kembar….

2. Hormon kesuburan .Bagi yang mengambil rawatan kesuburan, peluang untuk mendapatkan anak kembar juga cerah.

3. Latarbelakang atau salasilah ahli keluarga yang mempunyai anak kembar…


Kata orang kalau ada dikalangan ahli keluarga yanga ada sejarah kembar, maka peluang untukndapatkan kembar adalah cerah, lebih rapat hubungan itu, lagi cerah peluangnnya itu sbb gen kembarnya lagi kuat la kan…. Wallahu a’lamm…


Dalam hal ini, jika dirujuk keluarga sebelah ummi yang kembar ialah sepupu ummi, begitu juga sebelah baba, kembar yang terdekat ialah sepupu baba.


Sepupu ummi iaitu abang kepada sepupu kembar yang ummi citer kat atas tu isterinya adalah kembar, tapi setakat ni anaknya dah masuk 5, blm ada lagi yang kembar….

4. Hamil dilewat usia dan mempunyai ramai anak (kerap melahirkan). Sesetengah kajian atau pendapat mangatakan bahawa, semakin lewat usia mengandung dan semakin ramai anak, peluang untuk mendapatkan kembar lebih cerah…., tapi bila hamil diusia yang lewat, risikonya untuk gugur juga adalah tinggi...
(sepupu ummi yang ummi nyatakan diatas merupakan anak bongsu dari 10 orang adik beradik..., manakala mak saudara ummi berumur lewat 40an masa mengandungkan anak bongsu kembarnya itu... )

~ tips atau panduan untuk mengkembarkan anak... tunggu...

Saturday, April 23, 2011

ummiiiii.... nak ituttttt...


ingat nak publish kan entry pasal tips anak kembar... kira sambungan dari last entry.., tapi memandangkan tak complete lagi, dan jap lagi pulak nak kena pergi bertugas  sempena program kaunter aduan bergerak bersepadu (KABB) BPA bersama agensi kerajaan...   so, kepada yang nak tahu dan request tu tungguuu....

~ budak kat atas tu nak ikut ummi.. jommm hantar ummi ... ~

.:: SELAMAT MENJALANKAN TUGAS KEPADA DIRI SENDIRI.... saya yang menurut perintah.. ::.

Friday, April 22, 2011

2 pasang kembar...

Alahaii... bertuahnya ummi kerana dikurniakan 2 pasang twinn..... twin ammar dan twin aqeel....  tak caya..??? sila la percaya.... buktinya.... tengok la gambar family kami ni....
*
*
*
*
*

.:: ummi pangku twin aqeel, baba pangku twin ammar ::.


aiman: " ummi.... saya pun nak kembar jugak... "
ummi: " oklah.... ni ha kembar aiman... "
*
*
*
~ macam mana la agaknya kalau betul2 ummi ada 3 pasang kembar cam gini.... ~
note: ishhhh... tak abis2 la berangan ummi ni.... he3... :D

Thursday, April 21, 2011

buli balik...


buli balik....  ni bukanlah entri untuk mengulas  atau pun nak promote filem Afdlin Shauki tu..., tapi untuk menceritakan ragam twin ammars ni yang sekarang sudah terbalik sikap atau hobi membuli yang dahulunya dipelopori dan dikuasai oleh si adik hazimi yang bermuka notti itu.... dimana mangsanya ialah si abang hamizi.. nak baca pasal kisah kenottian adik dulu boleh refer kat SINI .  Sekarang  turn around 360 degrees... abang hamizi pula yang sekarang ini begitu terserlah sikap nottinya walaupun air mukanya agak innocent compared to adik hazimi.... abang sekarang pula yang suka sangat  buli membuli adik ..., dan kadang2 adik aqeel pun jadi mangsa sama... sedangkan dulu dia begitu terserlah sikap penyayangnya pada adik aqeel....  ishhh.. apa dah jadi... apa nak jadi... hobi abang sekarang suka membuli  ( sila baca dalam nada lagu Tan sri S. M. salim ya...)...

Apa-apa je yang ada kat tangan adik dirampasnya walaupun dia dah ada pun barang tu kat tangannya... sampaikan kdg2 dah penuh kat tangan tetap nak jugak ambil yang adik punya... itu kalu bab barang2..

Kalau bab pukul plak, boleh je tiba2 marah dan pukul atau nak gigit adik... kadang2 tak pasal2 tolak adik... asyik cari gaduhhh je... ishhh... pening ummi....

Tapi nak gaduh sentiasa tu tidak jugakk.... ada masa boleh berbaik jalan pegang tangan
sama2 macam yang ummi cerita kat entri INI.
 

... boleh main dan naik motor sama-sama...


...menjayakan projek rahsia sama-sama....

...masak-masak sama-sama ...



juga kadang-kadang boleh share makanan sepinggan atau minum segelas...


Kadang-kadang bila mandi saling gosok-menggosok  dan sabun menyabun (ada ke ayat ni??) antara satu sama lain... juga saling sapu menyapu bedak kat badan, juga tolong garu menggaru gatal antara satu sama lain.... happy dan cejukkk je hati ummi nengoknya saling sayang menyayangi dan tolong menolong antara satu sama lain macam ni...

tapi itu la kannn... nama lagi budak2 macam2 la ragamnya.. ada baik.... ada yang tak berapa nak baik... ada yang kurang baik.... sebabnya budak2... belum matang untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk, yang mana boleh dan yang mana tak boleh.. apa yang diorang buat apa yang diorang fikirkan nak buat tanpa memikirkan akibatnya.. yang difikirkan hanya keseronokan.... itu yang bila abang buli adik dia akan ketawa dan gelak2 bila adik nangis... dia rasa seronok  tengok adik nangis la tu... sama juga bila diorang saling tolong menolong sabun menyabun, bedak membedak atau garu menggaru... diorang akan gelak sama-sama.... saling gelak mengelakk ketawa..... yang penting rasa seronok dan happy....

Gang-gang twin yang lain macam mana ya.... cam gini jugak ke.... atau baikkk je... tak de gaduh2 ehhh... jom kongsi-kongsi kong sinyi ( ehh.. CNY la plak..)

AMARAN: Terdapat banyak kata ganda digunakan dalam entri ini.... kepada  yang masih belajar, sila jangan guna kata ganda ini dalam karangan atau penulisan anda kerana ianya belum tentu betul dan wujud dalam kamus bahasa..saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda gagal dalam subjek BM anda.

Wednesday, April 20, 2011

imam muda...

Saje nak share event yang berlangsung malam tadi secara langsung kat astro oasis.... (eerrr... malam semalam la...) nak ambil berkat dan aura para bakal imam2 dan mudah2an anak2 ummi semua bakal bergelar imam jugak la ye..... Insya Allah....

Actually, Imam Muda ni ialah KPI menteri jabatan ummi... memandangkan Imam Muda musim 1 dulu berjaya menarik perhatian dunia, maka YB Menteri mahu teruskan pencarian Imam Muda musim ke-2 la pulak...
(Ummi tumpang bangga gak seposen sbb imam muda musim 1 dulu bilik ummi dan bilik kawan umi mama emi (mama twin nazneen & nazreen)ni jadi pilihan untuk shooting episod yang kaunseling rumahtangga tu :D  ... cantik ke bilik aii??... ferasannnn... walaupun tak de la cantik mana pun, tp kemas skit la kot compared to others 8.. maklumla kami berdua je fempuan kat situ... he...he..  )
*
*
.:: imam muda ::.

gambar ihsan : Utusan Malaysia 


.:: perasmian disempurnakan YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B) ::.

.:: our big big big bossss ::.

.:: barisan para mursyid... ::.
Tuan Mawi, tak sia2 Datuk lantik kau jadi PRO jabatan... berbaloi2....)

.:: harapan datuk pengarah untuk melihat kejayaan IM2 ::.
(my big boss n big big big bosss ... & orang kuat astro )

.:: imam-imam yang bakal berjuang ::.



18 April 2011 (Ahad) – Peserta Singapura dan Negara Brunei Darussalam antara yang tersenarai sebagai 10 calon Imam Muda 2, yang diumumkan melalui siaran langsung Astro Oasis dari Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), malam tadi.

Majlis memperkenalkan peserta musim kedua ini dirasmikan oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dengan diiringi oleh YBhg. Tuan Haji Izelan Bin Basar, Pengurus Saluran Astro Oasis, YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah JAWI dan YBhg. Encik Khairul Anwar Bin Salleh, Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro.

Antara peserta Imam Muda musim 2, Ali Khairudin Abdul Marif, 26 (Sabah), Mujahid Suhaimi, 20 (Singapura), Mohd Hassan Adli Yahaya, 26 (Perak), Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 (Johor), Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20 (Selangor), Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27 (Terengganu), Zulfadli Awang, 24 (Brunei), Ammar Wan Harun, 27 (Kedah), Mohd Azlan Zulkarnain, 25 (Kuala Lumpur) dan Abdul Fattah Riddzwan, 21 (Negeri Sembilan).

Ustaz Hasan Mahmood Al-Hafiz, Bekas Imam Masjid Negara, sekali lagi dipilih sebagai Mudir (Pengetua) yang akan membimbing calon Imam Muda dan dibantu Mursyid (Mentor) Ikmal Zaidi Bin Hashim, Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim, Tuan Asmawi Bin Tuan Umar dan Zulkefli Bin Hamat.

Hadir sama, YB. Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama suami, YBhg. Dato’ Abdul Shakur Bin Abu Bakar, YBhg. Datin Seri Hajjah Fatmawati Binti Haji Saidin, isteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Datin Hajjah Rakiah Mariana Binti Latiff, Isteri Pengarah JAWI.

sumber gambar dan berita dari JAWI.

 
 

Monday, April 18, 2011

driver cilik...

adik aqeel pantang masuk kereta, pasti nak pegang stereng... sedangkan dia belum lulus lagi nak drive, baru dapat lesen L je... refer kat entri INI.., tapi bila nampak je stereng, menjerit2 nak bawa kereta....
*
*
*


Sunday, April 17, 2011

kalau camni cejukkk hati ummi...

Ni masa jalan2 kat pasar malam.... balik nursery pukul 6 terus pergi, so tak ramai lagi orang dan jalan pun masih clear....

cejuk hati tengok bila ammars ni jalan pegang tangan camni ehh...sweett je..


..... camnilah anak ummi... care and love each other.... tak gaduh2 ya sayang...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails