Monday, April 25, 2011

nak anak kembar...??

Jika ditanya persoalan ini, ramai rasanya yang teringinkan anak kembar.... Alhamdulillah... Allah kurniakan pada kami anugerah ini...

Ini adalah dikira entri sambungan dari entri mengenai kembar sebelum ini. Sila jangan percaya dan terpedaya dengan kembar 2 atau 3 pasang ummi tu… ummi saje je mengkembarkan adik aqeel dan juga abang aiman…



Jika ditanya mengenai tips atau petua untuk mendapatkan anak kembar…. Jawapan ummi hanya satu…. Iaitu, segalanya adalah kehendak, kuasa dan rezeki dari NYA jua yang bersifat Ar Razzaqu (yang maha pemberi rezeki).


Walaupun begitu, mungkin ummi boleh kongsikan disini sedikit sebanyak petua atau pandangan atau hasil kajian yang pakar la kot dalam hal kembar2 ini…


1. Petua atau kata-kata orang tua kalau kita makan sesuatu contohnya buah yang kembar,  akan dapat anak kembar…
gambar sumber: google
Dalam hal ini, memang ummi ingat sebelum mengandungkan twin ammars ni, memang ummi pernah makan pisang kembar…. TAPI, ummi tak nak percaya dan yakin ini puncanya sebab mak ummi (nenek ammars) pernah makan telur kembar (dalam satu biji terdapat 2 biji telur kuning), tapi tak de plak ummi dapat adik kembar….


Istilah kembar ialah kelahiran yang lebih dari satu, jika kambing yang beranak lebih dari seekor anak, maka diistilahkan kembar juga ke???, dan bila anak kambing ni besar disembelih, maka sesiapa yang makan daging kambing ini adakah dikira makan “kembar”, jika teori ni betul, rasanya lagi ramai la kat dunia ni dapat anak kembar….

2. Hormon kesuburan .Bagi yang mengambil rawatan kesuburan, peluang untuk mendapatkan anak kembar juga cerah.

3. Latarbelakang atau salasilah ahli keluarga yang mempunyai anak kembar…


Kata orang kalau ada dikalangan ahli keluarga yanga ada sejarah kembar, maka peluang untukndapatkan kembar adalah cerah, lebih rapat hubungan itu, lagi cerah peluangnnya itu sbb gen kembarnya lagi kuat la kan…. Wallahu a’lamm…


Dalam hal ini, jika dirujuk keluarga sebelah ummi yang kembar ialah sepupu ummi, begitu juga sebelah baba, kembar yang terdekat ialah sepupu baba.


Sepupu ummi iaitu abang kepada sepupu kembar yang ummi citer kat atas tu isterinya adalah kembar, tapi setakat ni anaknya dah masuk 5, blm ada lagi yang kembar….

4. Hamil dilewat usia dan mempunyai ramai anak (kerap melahirkan). Sesetengah kajian atau pendapat mangatakan bahawa, semakin lewat usia mengandung dan semakin ramai anak, peluang untuk mendapatkan kembar lebih cerah…., tapi bila hamil diusia yang lewat, risikonya untuk gugur juga adalah tinggi...
(sepupu ummi yang ummi nyatakan diatas merupakan anak bongsu dari 10 orang adik beradik..., manakala mak saudara ummi berumur lewat 40an masa mengandungkan anak bongsu kembarnya itu... )

~ tips atau panduan untuk mengkembarkan anak... tunggu...

4 comments:

Elly Emmy said...

betul tu ummi nisa.. dpt anak kembar ni.. rezeki dari Allah..

dan pada ibu2 yg tinggin nak anak kembar.. tak salah kalau mencuba petua atau apa2 amalan untuk kearah mendapatkan anak kembar(selagi tidak melanggar hukum syarak).. kerana kita perlu ingat.. yang Allah tu Maha Penyayang dan Kasih pada hambanya.. Dia memberi Rezeki pada sesiapa saja yang Dia kehendaki..

Rohani Hashim said...

ha mak hany dulu sllau tak bg mkn pisang kembar...hohoho...

tp betul jugak semuanya adalah rezeki darinya, then kekdg kalau keluarga yg mmg ada sejarah kembar tuh...mungkin jugak kan.

mcm hany, abg sulong dpt kembar boy, abg ke5 dpt kembar girl.tapiii hany ni tak de rezeki lagi ha...doa kan jugak yer...ameen...

~: nisa :~ said...

@Elly & Emmy : Alhamdulillah.. rezeki

~: nisa :~ said...

@mzhany: Insya Allah... kami doakan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails