Thursday, December 20, 2012

..:: gadis rebutan 2 jejaka ::..

 
mek kecik ummi yang comel ni memang jadi rebutan 2 orang jejaka hensem ni kat mana-mana pun... kalau baring pun masing2 berebut nak baring sebelah baby areefa.... sama juga kalau makan kat kedai mesti nak tarik stroller baby ni dok kat sebelahnya.. so, bila dah berebut gitu terpaksalah baby areefa ni dok tengah2 kiri kanannya 2 orang jejaka encem ni... nasib baik adik aqeel tak berebut dan selalu mengalah...
 
 
 
 
... caaaaaayaaaaaang areefa...



# hari ni 20.12.2012.... cantik susunan tarikh ni... baby areefa dah berumur 4 bulan 3 minggu.. berat 6.1kg... Alhamdulillah masih fully BF...#


Friday, December 14, 2012

..:: Jari ajaib ::..


 Ajaib... memang ajaib sebab jari boleh mengeluarkan susu... tak caya tengok ni....
*
*
*
*
*
*
 
 
 
baby areefa lebih suka hisap jari dari BF.... inilah tabiat mek kecik areefa ni yang semakin menjadi-jadi lately ni walaupun tabiat ini bermula sejak dalam peyot  ummi lagi… sbbnya pernah masa scan Dr Asmah bagitau tangannya kat mulut tengah dok isap jari… masa Dr Asmah tunjuk tu macam sweettt dan comel je tengok tangan nya kat mulut.. tapi sekarang…. Risau ummi sebenarnya..

Tabiat baby areefa lately ni mmg suka hisap jari sampai naik merah dah ibu jarinya tu… EBM dalam botol atau direct BF pun dah tak berapa nak minum… kalau bagi pun hisap main2 je… lebih suka msuk ibu jari dalam mulut dan hisap.. macam la ibu jarinya itu boleh mengeluarkan susu dan mengenyangkan…

Kalau kat nursery cikgu Yah kata bila dah tido atau tengah lali2 tu baru dia suakan botol kat mulut dan hisap susu tu dengan elok.. kalau tak, mmg tak nak.. itu je cara bagi minum takut dia kelaparan walaupun risau takut tersedak keapa… Nauzubillah..

Sama juga kat rumah kalau ngan umi pun…, botol EBM mmg confirm reject.., bila direct BF pun dia mmg main2 kalau bagi tika dia jaga… suka hisap jari lagi… kadang2 sampai lali tertido.., bila lali2 macam tu atau lapar sangat2 baru nak nenen..

Ummi dok fikir kenapa lately dia tak nak nenen sangat… adakah kerana .. kerana… kerana susu ummi ni berperisa durian sbb dimusim2 doyan ni ummi makan doyan tak hengat dunia…. tapi ummi suka sbb bila makan doyan ni susu macam “meriah” skett..so.. boleh buat stok… stok EBM berperisa doyannn.. :-)
 

# Dulu ummi risau sbb baby areefa ni tak nak botol… nak direct BF jer sampai kena cari botol yang putingnya serupa B.., sekarang  dua2 tak nak.. hisap jari lagi best sampai merah jari tu… boleh kenyang ke sayanggg… #

Sunday, December 9, 2012

..:: areefa dah meniarap ::..

Alhamdulillah.... baby areefa dah melangkah satu step ke hadapan dari segi perkembangan tumbesarannya... sudah boleh meniarap ketika umurnya belum sampai 4 bulan...


first time areefa niarap pada 19.11.2012, lagi seminggu nak masuk 4 bulan..
 
 
 
sekarang pantang letak je niarap..
 



hari ni umurnya dah masuk 4 bulan 2 minggu... Alhamdulillah ummi masih berjaya menyusu areefa hanya dengan susu ibu sepenuhnya...

semoga areefa terus membesar dengan sihat...

Thursday, November 15, 2012

..:: salam maal hijrah 1434h ::...


~ sama-sama kita berhijrah ke arah yang lebih baik ~

Saturday, November 10, 2012

...:: rezeki utk areefa ::...



Alhamdulillah... ummi berjaya susukan baby areefa yang dah berumur 3 bulan setengah ni hanya dengan  BM .... dan sepanjang hampir sebulan ummi bekerja semula ni masih ada rezeki bekalan EBM utk baby areefa.. setakat ni ummi bekalkan 3oz X 6 botol sehari kat nursery... kalau kat rumah ummi direct BF..


...:: si mata boolattt ::.....

Ummi risau  sebenarnya... kalau ummi tak berjaya nak bekalkan EBM hingga sekurang2nya hingga umur 6 bulan dan kalau boleh sampai umur 2 tahun tak nak bagi FM..... tapi berjaya kah ummi??.. maklum la ummi rasa susu ummi tak berapa nak "meriah" mana .. kat ofis ummi ummi hanya mampu pump 2 kali je... dapatla lebih kurang 10oz je... malam2 kat rumah pump dapatla tambah sket plus stok yg ada...  kalau setakat ni ok lagi la sbb sehari bekalan cuma lebih kurang 18oz je... sedangkan permintaan semakin meningkat seiring dengan peningkatan usia baby areefa... stok yang ada pun tak banyak.. maklumla dekat2 nak masuk kerja baru ummi buat stok... nyesal plak rasa tak buat stok dari awal...


....:: sebahagian stok yang ada ::....

ummi sanggup ketepikan diet ummi dengan makan apa saje petua yg boleh menambahkan BM..
Apa lagi petua dan cara yang boleh ummi amalkan ya....?? kawan2 tolong suggest....


Friday, October 26, 2012

..:: salam eidul adha ::...

salam eidul adha 1433h,   selamat mengerjakan ibadah korban..

Monday, October 15, 2012

..:: 8 tahun sudah ::..

Semalam, 14 Oktober 2012, genaplah umur abang aiman 8 tahun... ummi x sempat nak update malam tadi.. maklumla selagi "triplet" ummi ni belum tido, jangan haraplah ummi boleh ngadap lappy..., banyak tangan yang nk tolong taipkan entri untuk ummi...bila diorang dah dihantar ke taska ni boleh la ummi bersiaran dengan aman.. baby areefa pun masih ketiduran..

*
*
*
* 

apa2pun.... harapan ummi.....
semoga abang aiman sentiasa sihat sejahtera,  berjaya dalam segala lapangan yang diceburi dan yang pastinya menjadi anak soleh dan berjasa kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.. Aminnnn...






harini abang aiman dah start exam akhir tahun... gook luck my dear son....
*
*
*
*
cerita dan kisah kelahiran abang aiman boleh baca kat SINI..

Thursday, October 11, 2012

...:: luka dilukai ::..

~ luka dilukai bucu meja... ~

kisah ni berlaku dibulan puasa hari tu... 7 Ogos 2012.. walaupun dah lama berlaku ummi nak coret gak kat sini kisah anak ummi yang lasak dan perkasa ni kat sini... nanti besar2 dia boleh baca betapa hebatnya anak ummi yang bernama AQEEL HARRAZI ini... kejadian ni berlaku dekat pukul 11.00 malam... ummi tengah nenenkan baby areefa , manakala "triplet" ni main menyorok ke apa ntah kat dalam bilik abang aiman...  tiba2 kedengaran suara aqeel menangis... abang ngan adik kuar bagitau ummi adik aqeel berdarah.... ummi buat tak tau je... sbb ingatkan luka sikit2 je mcm biasa bila diorang bergaduh atau terhantuk... bila dia keluar je dari bilik tu... lencun baju ngan darah menitik kat lantai... terbelah kepalanya sampai nampak putih tulang tengkorak... apa lagi... panik la ummi... dah la baba tak de rumah masa tu... terus ummi tepon baba maklumkan. sekejap je budak lasak ni nangis... walhal darah lencun kat baju. kepalanya terhantuk pada buju meja study abang aiman... dia main bawah meja, pastu bangun tak sedar kepala tak lepas meja.. mmg tajam pun bucu bawah meja tu...

baba balik terus bawa ke hospital pusrawi dan  kena tahan kat wad.. baba yang kena tunggu adik aqeel kat hospital.... baru je seminggu lebih baba ulangalik ke hospital sbb ummi bersalin baby areefa terpaksa menghuni hospital lagi...

baba kata kat hospital behave je dia, walhal kena puasa sbb nak bius untuk jahit luka tu.. sampaikan nurse2 kat situ puji baik dan bagusnya dia tak nangis, walhal umur baru 2 tahun 2 bulan...
*
*

luka kat kepala
*
*
*

bila balik terus melasak walaupun dengan kepala berbalut.... ummi pulak cuak dan risau terhantuk ke apa lagi kat luka di kepala tu... tapi dia macam tak rasa sakit apa2 pun...

*

baru balik dari hospital
*
*
*

Masa buka balik jahitan tu pun dia tak nangis...
*
*
*

 sekarang luka dah baik... tinggal parut je..


memang tak dinafikan adik aqeel paling lasak la antara hero2 ummi ni... mengalahkan abang adik twin... kalau kat rumah tak leh duduk diam... panjat sana panjat sini.... dan kalau bergaduh bertiga dipukul adik abang twin pun kadang2 tak nangis pun... kalau sakit pun nangis sekejap ngadu kat ummi abang buat...

Tuesday, October 9, 2012

..:: @ istana negara ~ daulat tuanku ::..

Setelah sekian lama tertangguh…, akhirnya pada cuti sempena hari Malaysia pada 16 september lalu, tertunailah hasrat kami untuk melawat istana lama sempena pameran raja kita… daulat tuanku..
*
*
*








seronok masing2 berlarian berkejaran sana sini... siap main sorok2 lagi..., tapi tuan puteri sorang ni ..
*
*
*
lena dipangkuan baba


Thursday, October 4, 2012

..:: berjaya akhirnya.. Alhamdulillah ::..

Alhamdulillah... hari ni ummi berjaya habiskan kursus 4 hari ... sebenarnya bukan pasal kursus yang ummi ingin tekankan kat sini..., tapi pasal baby areefa.... entri sebelum ni ummi sebenarnya risau sangat2 sbb bby areefa tak nak menyusu botol... bila dipaksa2 mulalah menangis merajuk... dan....  sepanjang ummi berkursus 4 hari ummi hantar kat nursery, dia tiada masalah apa-apa... ok je dia minum menggunakan botol susu yang ummi bekalkan setiap hari.. petang bila balik baru direct BF. kalau kat rumah ummi try bagi botol mmg dia tak nak walaupun "fresh milk"... so, lega sangat2 sbb lepas ni lagi 2 minggu lagi ummi nak start keje... risau jugak sebenarnya...

Setakat ini Alhamdulillah... ummi berjaya beri BM sepenuhnya pada baby areefa dan berharap agar ummi berjaya sampai umur 2 tahun... maklumlah abang2 sebelum ni semuanya x sampai separuh jalan... 6 bulan je dah tak nak BF.... frust sebenarnya ummi kerana x berjaya BF putera2 ummi ni...... so, utk kali ini, azam ummi nk BF dan beri BM shj pada baby areefa... harap2 ummi berjaya kumpulkan stok dan rezeki untuk baby areefa sentiasa ada.. InsyaAllah...

ummi x kisah bila pergi dan masuk keje 2 minggu lagi hilang "keayuan"  ummi kerana terpaksa galas bagpack perkakasan spectra yang agak besar tu... demi baby areefa... biarlah... cuma... bila nak fully BF ni, bab makan mmg x leh nk control... sentiasa lapar dan tak bleh nak berdiet2 sangat... so... target ummi nk turunkan berat badan hingga 50kg mungkin kecundanggggg... alahai.... huhuhuu... biarlahhh...

harap2 ummi ada ruang dan peluang untuk ummi pump BM kat ofis utk bekalan nursery baby areefa, maklumlah bidang tugas dan kerja ummi ni berhubung dengan orang awam dan x tentu masa.... kadang2 nk makan pun x sempat..

Note: agak2nya nanti ummi kena gantung signage "DO NOT DISTURB.." kat tombol pintu bilik ummi kot setiap 2 - 3 jam sekali.... boleh ke ...????

Tuesday, September 25, 2012

..:: areefa @ 2 bulan ::..


 4 jam selepas dilahirkan... 2.76kg




kini... dah bambamm ...


hari ni 25 september 2012, genaplah umur baby areefa 2 bulan... sekarang dah pandai senyum bila diagah dan dah boleh bercakap.... biar betul ummi ni baby areefa dah boleh bercakap?? ... baby areefa bercakap bahasa "baby" la... "aaaaaa..." aaaa.." ..

setakat ni 24 jam dok berkepit ngan ummi, fully direct BF, minggu depan 1-4 okt ummi kena berkursus plak, w/p ummi masih dalam maternity leave, ummi kena attend gak kursus tu sbb wajib dan nk tangguh atau ganti lain masa pun dh x der dah utk tahun ni... dan tengah bulan depan ummi dah nk kena masuk keje balik... setakat ni train baby areefa guna botol belum berjaya sepenuhnyer.... kalu tgh lapar dan paksa2 sket baru nak hisap....tu pun dengan riak muka dan tangisan merajuk..... alahai anak dara ummi ni... dia ingat dia ni boleh berkepit ngan ummi sentiasa kott... ummi nk kena work la sayang....

Wednesday, September 19, 2012

...:: twin @ work ::...




Wednesday, September 12, 2012

....:: boboiboyyy ::....




Wednesday, August 29, 2012

..:: aidil fitri 2012 ::..

..:: salam aidil fitri ... maaf zahir batin ::..





Friday, July 27, 2012

...:: our princess ::...





Alhamdulillah ... ummi selamat melahirkan princess yg blm diberi nama ni pada 25 Julai 2012 pada jam 8.20 pagi secara ceasarean di Hospital Pusrawi, KL. Moga puteri ummi ni membesar dengan sihat dan jadi anak solehah... Insya Allah.

Thursday, May 24, 2012

...:: kisah suami isteri ::...

Sekadar berkongsi cerita yg saya copy dari FB seorang teman untuk renungan bersama... menitik jugalah air mata bila baca kisah ni...



KISAHNYA.....


Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku.Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.

Friday, January 27, 2012

.:: melayang ke membola ? ::.

Alahaiii... lamanya tak ber update... semangat utk berblog telah hilang dan hanyut dipukul badai ombak rindu... ( tetiba plak...) bebenornya malas dan x de mood sesangat...

sebagai pembuka entri di tahun 2012 ni ummi nak letak gambar aktiviti bersantai bersama gang kembar kat kepong pada 15 Januari lepas.. Ada 9 famili kembar yang join kalu tak silap.. (kalu silap tuan pengerusi abah amrafahan tolong betulkan...) semuanya adalah dari group gang kembar FB... kami bertolak agak lewat dari program asal sbb b4 tu pergi kenduri kahwin anak boss dulu, lepas asar baru pergi... punyalah susah nak park keta... terpaksa tunggu agak lama buang masa semata-mata nk park keta..
Apa2pun layan je lah aktiviti kami...

*
*
*


.:: orang lain datang sini usung layang2, tp budak 4 orang ni usung bola sebijik sorang ::.

.:: ni padang bola ke padang layang2 ni... ::.

.:: antara famili yang hadir ::.

.:: bergossip ehhh ::.



.:: barisan papa kembar ::.

.:: adik aqeel dan adik posing ngan twin siti hajar handani, abang plak lari malu2 tak nak bergambar ::.

.:: abang aiman baba nak belikan layang2 tak nak... bola jugak ttp dihati ... ::.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails