Wednesday, August 31, 2011

.:: semangat kemerdekaan aiman ::.

selamat menyambut hari kemerdekaan ... 31 Ogos 2011...

duk godek2 gambar lama2 terjumpa la gambar abang aiman ni masa umur dia 2 tahun... budak ini mmg bersemangat bila dengar lagu berunsur kemerdekaan.. bila dengar kat TV lagu ni cepat2 ambik bendera dan ikut nyanyi lagu tu kat TV dalam pelatnya tersendiri... ada ummi rakam video dia dulu2 tu, tapi tengah mencari... dah jumpa nanti boleh upload... share.... biar dia tengok dia zaman dulu2...



comel dan bulattt je dulu2... sekarang kurus kering... tak berapa nak makan nasi...

Saturday, August 27, 2011

.:: salam aidil fitri ::.


.:: Salam Aidil Fitri ::. 
di kesempatan ini juga saya ingin menyusun 10 jari memohon maaf andai sepanjang setahun saya berblog ni, mungkin ada catatan atau komen2 saya yang mungkin tersilap bicara kata atau mungkin menyentuh hati mana-mana pihak..

~ SALAM AIDIL FITRI... MAAF ZAHIR BATIN ~
*
*
dari kami sekeluarga
*
*
.:: Mustafa & Anisah ::.
.:: Muhammad Amirul Aiman ::.
.:: Muhammad Ammar Hamizi ~ Muhammad Ammar Hazimi ::.
.:: Muhammad Aqeel Harrazi ::.



 

Wednesday, August 24, 2011

Friday, August 19, 2011

.:: hilang lagi..!!! alahai anak ::.

entri sebelum ini ummi citer pasal anak ummi ni yang suka sangat makan pen dan eraser... seperti biasa, tetengah malam lepas anak2 seme tido baru lah ummi boleh siapkan keperluan baju bajan dan pampers kat nursery bag "triplet" ummi ni dan juga jadual persekolahan abang aiman untuk kedua-dua sesi pagi dan petang.. seperti rutin biasa, bila dah pencil dan eraser tak de tu , ummi pun akan letak baru. memandangkan esoknya abang aiman ni ada exam/ ujian khat, so ummi letaklah juga pensil khat ni sekali...  dalam kereta otw hantar sekolah dah siap2 pesan jaga barangan sendiri, jangan hilangkan lagi...

tup.. tup...

petang tu bila balik rumah ummi check la pensel case dia kononnya nak simpan pensel khat tu... (bawa pada hari yg. ada subjek khat saje), tengok2 dah tak de... yang tinggal hanya pensel2 yang kontot2 tu je... sekolah kebangsaan pagi erasernya tinggal separuh je... pensel 2B baru juga hilang....manakala sekolah agama petang erasernya langsung tak de, termasuk juga pensel 2B baru dan  pensel khat baru... pensel cap hotel tu ada plak tinggal... biasanya ummi akan pastikan kat pensel case tu at least ada 2 batang pensel, memandangkan asyik hilang je tu ummi letak yang 2B tu sebatang je, pastu yang cap hotel sebatang..     bila ditanya pasal pensel2 tu... dia tanya ummi balik... "ummi ada letak ke pensel khat tu???, tak nampak pun..." .... adusshhhhh... sabo je la budak ni... pensel cap hotel tu tak pelah pensel khat tu yang ummi rasa hanginnnn sesangat....

.:: rupa kueh eraser yang tinggal separuh dimakan aiman ::.
 malam bagi seketul baru cam kat bawah tu.. setengah hari bersekolah tinggal separuh je cam yang kat atas tu... yang sekolah agama petang terus tak de.... ditelan semuanya..

.:: guna pensel cap hotel california ::.
~ budak ini bila menulis tak suka duduk kat kerusi meja, suka berdiri je kat meja atau baring meniarap atau dok kat atas sofa, sebabnya sambil buat homework sambil jeling TV.. kalu kat meja makan studi jauh sket dari TV... hishhhh..., kalu tutup TV nangis... camne tu.. ~

*
*
*
tiba-tiba.... ummi teringat...

teringgat yang hari isnin hari tu ummi ada belikan dia jam baru... cap ben10 sepuluh hengget je punn...

ummi tak nampak pun dah jam tu dia pakai... ummi tanya la mana jam tu... kot2 tertinggal kat nursery buka masa mandi ke..., tetiba air muka dia berubah.... terus nangis..... ummi tanya la kenapa.... dia kata kawan ugut... ummi tanya la ugut macam mana...?? tak jawab cam sebak2 je sambil ngeleng2 kepala... adoyai budak ni..... dah nangis gitu ummi pun malas la nak soal siasat lebih2... tunggu cool dulu, so pagi esoknya masa otw hantar sekolah ummi tanya baru jawab katanya " kawannya yang bernama S ni ambikk, kalau tak bagi  si S ni ugut nak RM10.... amboiiii... baru 7 tahun budak skrg ni dah pandai ugut2 cam tuuuu.... baru darjah satu tu.... kalu dah masuk menengah tak tahu la cam mana...pensel khat yang hilang sebelum ni pun ada beberapa kali dia beritahu yang si S ni ambikk.... dan masa ummi jumpa guru kelas masa ambil report card  dulu pun ada ummi mengadu pasal perkara ni.. dan guru kelas tu pun ada maklumkan pada ummi yang perangai si S ni mmg camtu...

memang ummi faham benor perangai dan sikap anak ummi sorang ni.. mmg "lembek" dan jenis pendiam kalu kat sekolah... itu jugak yang diberitahu guru kelas dia masa sessi jumpa ngan guru kelas untuk ambil report card, memang jenis penakut nak beritahu cikgu kalau kena buli pun...  tapi kat rumah dia lah hero buli adik2 plak...  lepas geram kat adik2 ehhh....

banyak kali nak tepon cikgu kat sekolah  nak maklum pasal ni... tapi, rasa cam... berkira sangat, pensel ngan jam 10 hengget pun nak kecoh..... tapi.... kalau asyik ulang kes yang sama je, camne tu... baba dah banyak kali suruh ummi tepon cikgu, tapi ummi asyik lupa je.... kalu teringgat pun terfikir 2 3 kali jugak... ye lah... budak2 mcm2 peranggai... tapi ntah le....nak kena call jugak ni...

Thursday, August 18, 2011

.:: makan eraser dan pencil ::.


.:: AIMAN ::.


nama saya ialah muhammad amirul aiman...(panjangnya nama ummi saya bagi... kadang2 kalu isi borang tak muat space la bila masuk bin nama ayah saya....). umur saya 7 tahun..(bulan oktober ni baru 7 tahun la...) saya bersekolah di sekolah kebangsaan dot..dot...dot... pada sesi pagi dan sekolah rendah agama dot..dot.. dot... pada sesi petang.. (penat weh seharian kat sekolah.) . Hobi saya ialah menonton TV apa2 saja berkaitan sukan terutama football... (nanti saya citer kat entri lain bab ni ya...). Makanan kegemaran saya ialah pencil dan eraser.... . disini saya nak citer pasal makanan kegemaran saya ini sebagaimana yang didakwa oleh ummi saya..
*
*
*
sepanjang kehidupan saya selama hampir 7 tahun ini tak pernah pulak saya makan pencil ataupun eraser.... gigit hujung pencil ada la bila saya berfikir sambil2 cari idea bila nak menulis..... tapi ummi saya selalu bising2 bebel kat saya kata saya makan pencil dan eraser... tak tahulah kot2 masa saya baby dulu saya ada telan pencil or eraser nih.... kalu ada.. ishhhh... bahaya tu..... getah ,plumbum dan kayu tuuuuuu.....

tapi apa yang saya pasti setiap malam bila ummi saya check bag dan pencil case saya untuk siapkan jadual saya untuk keesokkannya, pasti terngiang-ngiang kat telinga saya yang telah hanyut di alam mimpi ni .... kata2 dan bebelan dari ummi saya seperti tajuk kat atas tu.... konpius betul la saya..... ummiiiiii .... cer citer dan bagi penjelasan sket nape ummi cakap macam tu kat saya .. wahai ummi ku yang tersayang...!!!!

.:: UMMI ::.

buat anakanda ku aiman sayanggg.... citernya macam ni..... ummi cakap aiman makan eraser atau pencil setiap kali ummi check pencil case aiman sekolah kebangsaan pagi dan sekolah agama petang kerana pencil dan eraser aiman asyik tak de je.... malam letak, esok bila balik sekolah dah tak de... so, takkan la ummi nak biarkan anak ummi ni gi sekolah tanpa pencil dan eraser kan.... itu kan alat tulis yang penting.... so ummi pun letak la yang baru.... pencil dan eraser sekali untuk kedua2 sekolah pagi dan petang... termasuk juga pencil khat yang ntah dah berapa batang dah ummi beli... ummi dah siap2 pesan.... jaga barangan dan alatan tulis sendiri.... jangan hilangkan.... tapi.... tup2 bila balik rumah ummi check lagi... hilang jugak .... so, thats why la ummi kata aiman makan benda alah tu.... asyik hilang je manjang... walhal tiap2 pagi dalam keta on the way pergi sekolah macam2 dah bebelan pesanan dan nasihat ummi berikan... tapi still cam tu jugak....  ke tak faham2 lagi...??? .
bila tanya samada kawan ambil ke atau tertinggal kat sekolah ke.... dia diam je buat muka kecian dan blurr...passtu mula la nak cebek2.... cenggeng.... so ummi buat kesimpulan dia "MAKAN" la pensel dan eraser tu hari2...
*
*
disebabkan aiman suka sangat "makan pensel dan eraser ni, maka ummi wajib simpan stok pencil dan eraser banyak2 kat rumah.... bukan senang hari2 nak kena pegi beli.... sampaikan mula2 tu ummi beli stok banyak2 bila ke kedai stationaries ni baba macam terkonpius sket... sekarang ni dah faham dah.... dah tak terkira ummi berapa kotak pensel dan eraser habis dan berapa batang dah pensel khat yang di "makan" aiman... bukan murah.. pensel khat sebatang dah dekat 5 hengget, pensel plak ummi beli pensel 2B... (ummi dolu2 zmn sekolah rendah pencil 2B ni guna masa nak periksa je.... biasa guna pensel HB yang merah tu je.... pandai sampai ipt gak ehhh...) . tak terkira la berapa ummi berabis sepanjang 7 bulan bersekolah pagi petang untuk "makanan" feveret aiman ni... last2 ummi dah tak larat asyik hilang je, so masa ummi dok kemas2 laci kat opis few month ago, terjumpa la stok simpanan koleksi pensel cap hotel2 ni.. ( dulu2 4 5 tahun lepas sebelum dikuatkuasakan langkah penjimatan ni, seminar ke, konvensyen atau apa2 je bengkel yang besar2 akan dibuat kat hotel2, so hobi ummi simpan pensel2 ni buat kenangan la kononnn... )  memandangkan banyak yang sama, so ummi bawak balik la bagi budak itu "makan"... lagi pun ummi bukan guna pun... (Errr.. ke ini dikira hak kerajaan dan salah bawa balik for personal usage bagi anak ehh??... kalu salah dan tak boleh , saya mohon kepada seluruh rakyat malaysia halalkan ya mana2 yang dah terguna...)

.:: ini saje yang tinggal ngan ummi sebagai kenangan.... dak tak leh bagi dah aiman makan ni... ::.


~ so..... aiman.., dah terjawap kan persoalan kenapa ummi cakap aiman makan pensel dan eraser kannnn.. saborrrr je la ngan awak ni aimannnn... ~

Wednesday, August 17, 2011

Wednesday, August 10, 2011

Tuesday, August 9, 2011

.:: dikurnia kembar 4 ::.

Terbaca kat Utusan pasal pasangan bertuah yang baru dianugerahkan kembar 4 setelah 7 tahun menanti kelahiran anak kedua....... sukanya... sekali dapat 4 orang...


Bersyukur dikurnia anak kembar empat






KUALA LUMPUR 8 Ogos - Pasangan Dr. Jasmina Qamaruz Zaman, 39, dan suaminya, Hazli Zakaria, 39, bersyukur kepada Allah SWT apabila penantian selama tujuh tahun mereka untuk mendapatkan anak kedua berakhir setelah dikurniakan anak kembar empat.
Jasmina yang melahirkan kembar empat itu dengan cara pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 22 Jun lalu berkata, dia dan suami tidak pernah menyangka akan dikurniakan anak kembar.

“Kami berusaha untuk mendapatkan anak kedua selepas mendapat anak pertama Eimann Arrazi yang lahir pada 2004 sewaktu saya sedang belajar di United Kingdom (UK).
“Pelbagai usaha dibuat sehingga saya dan suami memilih untuk menjalani kaedah persenyawaan dalam rahim (IUI). Doktor ada memberitahu IUI akan membolehkan saya mendapat anak kembar tetapi saya tidak pernah menyangka ke arah itu.

“Selepas disahkan mengandung, tiga minggu selepas itu, saya sudah diberitahu akan mendapat anak kembar empat. Tidak banyak masalah sewaktu mengandung, cuma pada bulan keenam saya sudah dimasukkan ke HKL sehinggalah bersalin,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini, hari ini.

Menceritakan pengalamannya, Jasmina berkata, sewaktu pembedahan, doktor mengambil masa selama satu setengah jam untuk mengeluarkan anak dalam kandungannya itu.
“Alhamdulillah, selepas pembedahan, keempat-empat anak saya, yang mana dua lelaki dan dua perempuan sihat tanpa sebarang komplikasi,” katanya.

Beliau berkata, sewaktu dilahirkan anak kembar mereka iaitu Eirfann Arrazi adalah seberat 2 kilogram (kg), Sara Yasmin (1.34kg), Eihsann Arrazi (2.1kg) dan Shaza Jasmin seberat 1.66kg.
“Eirfann dilahirkan pada pukul 2.08 petang, Sara (2.09 petang), Eihsann (2.10 petang) dan Shaza pada pukul 2.11 petang iaitu masing-masing selang seminit,” jelasnya.


sumber: Utusan Online.

Sunday, August 7, 2011

.:: seminggu sudah... ::.


lamanya tak berupdate... maklum la masa amat la limited lebih2 lg pada bln ramadhan ni... kalu ada masa pun kdg2 peluang tak de ngan triplet yang mana akan turut serta mahu tolong ummi menaip jika nampak ummi ngadap lappy ni.... ni diorang seme masih ketidurannn.... dapatla ummi bersiaran sekejap....
Hari ni dah 7 Ogos bersamaan dengan 7 Ramadhan... ( senang kira sbb bulah hijri sama ngan bulan masihi...)  Mmmm... sekejap je dah seminggu kita menjalankan ibadah puasa dibulan yang mulia ini.... Alhamdulillah setakat ini abang aiman dapat puasa penuh .... harap2 dapat cukup sebulan tahun ni.... tahun lps tak cukup sebulan... kadang2 tengok kesian jugak kat dia.... maklumla budak ni bukan jenis kuat makan... makan nasi pun tak berapa pandai nak suap sendiri... kadang2 suap nasi ngan dua tiga jari je.... mana la nak lekat nasi tu kat tangannn... tu kadang2 kena bersuap kalau nak makan banyak.... tapi nak bersuap selalu pun sampai bila... dan besar panjang dan dah sekolah pun.... bila ummi suapkan adik2, suapkan dia sekali....
*
*
*
.:: masa kecik montel comel je.. ::.

.:: dah besar2 ni kurus kering ::.

.:: nak makan terpaksa bersuap semua ::.

oklah.... kembar dah bangun.... daaaa




 

Wednesday, August 3, 2011

.:: wordless wednesday #4 ::.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails