Wednesday, January 26, 2011

Resipi perkahwinan bahagia


Artikel ini dipetik dari UTUSAN MALAYSIA bertarikh 24 Februari 2010. Jom kita kongsi sama-sama tips dan resepi dalam mengekalkan kebahagian sesebuah perkahwinan....


TERDAPAT banyak rahsia atau resipi untuk perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun di bawah dikongsikan tujuh saranan yang boleh diamalkan anda dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.


Cadangan ini memang ringkas dan boleh dibuat seberapa segera oleh mana-mana pasangan suami isteri.


1. Jika anda mahukan perkahwinan yang telah dibina bertahun-tahun kekal segar-bugar seperti hari pertama berkahwin, anda perlulah berusaha untuknya. Caranya ialah dengan meletakkan perkahwinan itu pada tempat utama. Berikan perhatian padanya dan selalu memperuntukkan masa untuk setiap perkara yang berkaitan rumah tangga. Tidak kiralah apa yang anda selalu katakan tentang rumah tangga anda yang penting sekali ialah bagaimana cara anda menanganinya.


Tip: Buat penilaian sejauh mana anda telah memberi komitmen terhadap perkahwinan anda. Adakah anda telah meluangkan masa dan tenaga yang sepatutnya demi keharmonian rumah tangga anda?


2. Fokuskan tentang perkara yang disukai tentang pasangan anda dan abaikan apa jua perkara yang tidak berkenan tentang dia. Jika berjaya melakukan ini maka anda telah mengelakkan banyak perkara negatif yang mungkin berlaku seperti adanya hubungan sulit, perselisihan faham antara suami isteri dan yang paling penting dapat mengelakkan penceraian. Jadi fokuskan yang positif dan buang tanggapan negatif jauh-jauh.


Tip: Jangan asyik mengkritik dan mencari kelemahan pasangan. Walaupun perkara tersebut terdetik jangan biarkan ia bersarang di hati. Bila anda mula memikirkan perkara baik tentang pasangan, ia sekali gus merangsang rumah tangga menjadi lebih bahagia.


3. Sifat baik hati amat penting dalam sesebuah rumah tangga. Maka, jadilah seorang yang baik. Menerusi kajian yang dilakukan kebanyakan suami atau isteri akan lebih melayan orang luar berbanding layanan terhadap ahli keluarga sendiri. Jika anda diberi pilihan untuk menjadi 'yang benar' atau 'yang baik' maka pilihlah untuk menjadi yang baik. Itu memang satu nasihat yang bagus.


Tip: Dalam minggu ini cuba buat sesuatu yang menggembirakan hati pasangan anda. Buat kejutan seperti belikan hadiah atau menyediakan makan malam istimewa. Pastikan hati anda ikhlas ketika melakukannya dan jangan pula harapkan balasan.


4. Bila pasangan membantu anda dalam sesuatu perkara walaupun nilainya tidak seberapa, berilah dia penghargaan. Cukup sekadar mengucapkan terima kasih atas bantuan tersebut yang telah meringankan beban anda. Jadikan sikap itu satu amalan dan jika ia sudah sebati dengan diri anda pasti rumah tangga akan dipenuhi keceriaan dan kegembiraan.


Tip: Lihat balik betapa pasangan anda itu bermakna dalam hidup anda. Cuba renung sesekali ke dalam mata mereka dan senyum. Anda boleh bermula dengan ayat-ayat penghargaan yang amat ringkas seperti 'saya suka senyuman awak' atau 'terima kasih atas hidangan makan malam yang lazat malam tadi.'


5. Jika anda berhajat tentang sesuatu perkara jangan pendam dalam hati dan harapkan pasangan anda dapat 'membaca' isi hati anda. Jika perkara dimahukan tidak terjadi tentu anda berang, beritahu pasangan apa yang anda mahukan dengan cara berhemah dan jelas, Komunikasi yang baik memudahkan hubungan anda berjalan lancar. Jadi bercakaplah dan jangan harap pasangan anda boleh menjadi 'ahli nujum' pula.


Tip: Selalunya anda harapkan pasangan anda memahami apa hajat anda tanpa perlu mengatakannya? Tidak kira lelaki atau wanita masing-masing mengharapkan pasangan berlaku romantis dan mengidamkan masa berdua-duaan. Tidak kurang juga yang mengharapkan pasangan membantu dalam urusan kerja rumah. Senang saja, cakaplah pada pasangan apa yang anda mahukan.


6. Buang sifat suka menghukum atau mempertahankan diri secara perlahan-lahan. Lapangkan hati menerima pendapat pasangan anda dan itu tidak bermakna anda tidak mempunyai pendirian sendiri. Tidak bermakna juga jika anda tidak menyangkal maka anda salah sebab dalam hubungan suami isteri ini memang perlu selalu bertolak ansur terutama untuk mengekalkan kasih sayang antara satu sama lain. Tidak rugi mengalah kerana dialah insan yang anda mahukan berada di sisi anda seumur hidup bukan?


Tip: Pilih satu sifat pasangan anda yang selalu membuatkan anda marah. Bila anda dan pasangan berdebat tentang perkara tersebut cuba dengar sahaja dan jangan berfikir tentangnya walaupun dalam hati. Cuba tengok apa hasilnya?


7. Buka hati anda seikhlas-ikhlasnya untuk pasangan anda. Kebanyakan daripada kita yang telah bertahun-tahun berumah tangga masih membatasi kasih sayang sepenuhnya buat pasangan. Jika anda mahukan rumah tangga yang harmoni dan sentiasa bersemarak bahagia, cubalah ambil risiko tersebut dan jangan fikirkan tentang perkara negatif.


Tip: Buangkan sifat buruk sangka. Memang konflik sesekali akan tercetus tapi jika anda pandai mengawal diri dan yakin pasangan anda juga patut diberi peluang maka runtuhkanlah tembok keegoaan itu. Pasti rumah tangga anda akan kekal harmoni hingga ke akhir hayat.

~ Marilah kita sama-sama praktikkan apa yang baik... mudah-mudahan rumahtangga kita kekal bahagia selamanya.... RUMAHKU SYURGAKU...

Kredit : Utusan Malaysia.

Friday, January 21, 2011

aksi budak notti....

Suatu hari di ofis baba...
*
*

...... singgah jap kat ofis baba... otw nak g klinik ......
 .... masih cool menunggu baba selesaikan urusannya ....
 ... adik mula mengamuk bila abang aiman rampas botol airnya.....
 .... bila dapat semula, apalagi.... happy le ....
 .... tungguuuuu ......
 ... memulakan aksinya ......
 ...... aarghhhh... adikkkk...!!!!!!......
 .... ishh.... bahaya tuuuu .... adik oh adik...
 .... fuhh... bahaya betul la  adik ni .....
 .... muka tak puas hati .. marah kat abang aiman... abang senggih je....
.... menjeling marah abang aiman sbb kacau abang.....
*
*
Itulah saje kisah budak 3 beradik ni....

Sunday, January 16, 2011

selimut buchukk...

ni kisah abang aiman masa kecik baby dulu.... kalau bantak busuk biasa la kan... tp abang aiman ni tak boleh pisah ngan selimut busuk.... busyuk masyam gitu.... kain selimut ni mmg digunakan sejak dari baby lagi... kira sejak lahir lagi lah... ala... yang ada 3 segi kat satu sudut untuk letak kepala tu.... dia suka gigit kat bahagian 3 segi tu la yang ada gambar tu sampai kawasan situ dah berubah warna dan bau..... bila nak tido atau nyusu je mesti cari kain ni.... dan diaa akan menyusu sambil menghidu / mencium kain ni... baunya itu akan membuatkan nya lali dan tertido... hebatnya kebusukan dan kemasyaman kain ini.... Bila  basuh mmg satu masalah sbb dia akan mengamuk menangis sbb nakkan kain tu bila nak tido atau nyusu... dan tak boleh terima bilaa selimut busyuknya telah bertukar wau jadi wangi dengan aroma soflan dan sabun....  so, dalam sehari dua slps dibasuh mmg kena tahan telinga dan sabo dgn perangai dia yang tak boleh terima selimutnya bau wangi... dia tak nak yang lain... nak yang tu jugak waalaupun pernah diberi yang baru yang serupa dgn nya, dia ttp boleh tau... sehingga samapi satu tahap hampir koyak part yang di suka gigit dan cium tu.... memandangkan sudah teruk benor kain tu, maka ummi ambik yg baru dan diperamkan bersama yang busuk tu agar melekat baunya pada yang baru seblum ummi buang simpan yang lama tu... lama juga la proses peram untuk mentransferkan bau pada yang baru... akhirnya strategi ummi berjaya jugak walaupun mengamuk juga pada awalnyaa... hinggalah umur dia masuk 4 tahun baru berenti /berpisah dgn sselimut busuknya ini bila ummi tipu kata selimutnya hilang dicuri oleh satu watak kartun yang dia suka...ummi bertegas jugak nak pisahkan dia ngan kain busuknya itu.......akhirnya berjaya walaupun bukan mudah.....  

 Inilah rupanya selimut busuk abang aiman. Ni yng keduaa punya, yang first dulu mmg tak de rupa dah.... hitaam dan koyak....
 masa ni umur 3 taahun.... masuk mulut dan gigit...


pastu cium kain tu sambil layaan kartun kat TV.... ini laa kerja nya....hari2.

itulah kisah abang aiman dulu2 dari baby saampaai nak masuk 4 tahun....sekarang kau cerita kat dia kisah ni, sengih je dia malu2.... malu kununnnn....

Thursday, January 13, 2011

twin ammars HAMIZI & HAZIMI...

Hari ni ummi cuti lagi... MC tak sihat .. tak sihat utk bekerja, tapi sihat utk ber FB dan berblog.... terapi gitu... . dok godek2 gambar kat Externel HD ... apalagi gambar adik n abang si twin ammars..
 newborn .. kat hospital PUSRAWI



1 month
(date kat pic tu tak betul... salah setting date kat kamera)

 nak masuk 2 bulan, sebelum dibotakkan...

new image... botakkk...

Dah tumbuh rambut dah sket...


jambul mula memanjang...

7 bulan...




Monday, January 10, 2011

cuti-cuti @ Cameron Highland...

Cerita lamaa yang dah basi pun..., tapi takpelah.. ummi nak publish gak kat sini.  pergi masa cuti awal muharram hari tu.. memandangkan masa tu masih lagi cuti sekolah, maka  abang amir, abang mirul dan kat mira ikut sama dan bertindak sebagai pengawal si ammars 2 orang ni yang asyik nak lari ke sana sini...


Pergi hari isnin dan balik KL semula Selasa .. hari isnin ok la jalan clear sbb hari kerja, tapi pada hari Selasa tu jalan jam giler.. tak dapat nak jelajah banyak tempat sangat pun... Apa2 pun layan je la sebahagian gambar budak32 kecik ni kat sana....






















Friday, January 7, 2011

Buatmu suami....

Jika entry sebelum ini ditujukan khas buat yang bergelar ISTERI maka entry kali ni ditujukan buat yang bergelar SUAMI la pulak... (ada ke suami2 yg nak baca blog ummi nih... takpe lah.... para isteri sekalian boleh copy paste kat email dan mailkan pada suami masing2... ) .

Sumber artikel ni pun saya lupa, tapi yang penting perkongsian ilmu... mana yang baik kita sama2 share la kan...
Berikut adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati wanita kekasih/ isteri anda. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian. Tapi ingat, ia khas untuk suami isteri:



1.Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.


2.Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.


3.Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.


4.Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.


5.Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.


6.Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.


7.Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.


8.Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.


9.Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.


10.Akui perasaannya bila dia merasa marah.


11.Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.


12.Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.


13.Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.


14.Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.


15.Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.


16.Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.


17.Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.


18.Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.


19.Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.


20.Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.


21.Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.


22.Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.


23.Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.


24.Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.


25.Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.


26.Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.


27.Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.


28.Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.


29.Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu.


30.Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.


31.Basuhkan kereta yang dipakainya.


32.Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.


33.Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.


34.Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.


35.Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.


36.Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.


37.Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.


38.Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.


39.Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.


40.Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak


makan.


41.Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.


42.Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.


43.Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.


44.Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.


45.Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.


46.Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.


47.Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit emudiannya.


48.Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.


49.Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.


50.Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.


51.Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.


52.Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda


tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.


53.Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.


54.Solat bersama dan berdoa bersama.


55.Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.


56.Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.


57.Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.


58.Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.


59.Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.


60.Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.


61.Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk


bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.


62.Bila dia memasak, pujilah masakannya.


63.Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.


64.Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.


65.Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.


66.Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.


67.Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.


68.Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.


69.Rancanglah untuk makan angin bersamanya.


70.Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.


71.Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.


72.Belikan untuknya makanan yang dia gemari.


73.Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.


74.Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.


75.Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.


76.Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

~ Selamat beramal...

Thursday, January 6, 2011

Buatmu isteri...

Entri kali ini takde kena mengena dengan anak2 ummi... tapi ada kena mengena dengan ummi kepada anak2 ummi dan juga ummi, ibu, mama, mummy dan yang sewaktu dengannya yang pastinya bergelar ISTERI....

Actually artikel ni dah lama tersimpan kat lappy ummi ni, dan ummi pun dah lupa dari mana sumber ummi copy paste... Ummi publishkan kat blog ni agar ianya dapat dikongsi dan dapat dijadikan pedoman untuk isteri-isteri mithali sekalian... ceewahhh....  

Berikut adalah pedoman-pedoman buat kaum wanita yang terutamanya telah bersuami, iaitu bagaimanakah menambat hati lelaki untuk kebahagiaan rumahtangga.



21 PEDOMAN BUAT ISTERI


1.Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda


Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari 'Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.


2.Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda


Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.


3.Berubah Untuk Menikmati Perubahan


Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.


4.Sanggup Memberi Untuk Menerima


Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.


5.Percaya Untuk Dipercayai


Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.


6.Menangkan Lelaki Untuk Menang


Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.


7.Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif


Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.


8.Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab


Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.


9.Kritikan Akan Membuahkan Kritikan


Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.


10.Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu


Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oelh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.


11.Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki


Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.


12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar


Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.


13.Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja


Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.


14.Hormati Dia Sebagai Lelaki


Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.


15.Dengarlah Dengan Baik


Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.


16.Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki


Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.


17.Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda


Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.


18.Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya


Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.


19. Elakkan Pergaduhan


Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana ia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.


20.Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah


Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.


21.Hidup Bukan Hanya Di Dunia


Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.

OK... tu je la 21 pedoman & nasihat untuk yang bergelar isteri... semoga mana2 yang sesuai dan baik dapat dipraktikkan....

 

isteri cerdik yang solehah

Tuesday, January 4, 2011

1st day at school... year 1

Hari ni ummi masih bercuti... twin ammars dan adik aqeel kat nursery... ummi sorang2 kat rumah, so sempatla ber FB dan berblog dengan aman sekejap dan membereskan kerja2 rumah sebelum nak g pantau abang aiman balik sekolah tengahari nanti...

Semalam dan hari ni ummi bercuti sbb nak pantau abang aiman kat sekolah.. maklum la baru nak mula sekolah tahun 1... sebagai parent teruja juga la kan anak dah mula bersekolah... dan juga nak pantau dan train abang aiman untuk masuk kelas sendiri dan juga cari van dia bila balik sekolah.. maklumla ramai orang... takkan la pak cik van sekolah tu nak cari abang aiman... harus laa abang aiman yang kena cari  van tu kan..nasib baik la ummi guna khidmat van sekolah sama masa abang aiman kat tadika last year... dah kenal.

Berbalik pada tajuk kat atas, abang aiman sekolah kebangsaan sesi pagi dan sekolah agama pada sesi petang. so semalam ummi ngan baba seharian pantau dan tunjuk dia cari kelas bila sampai pagi dan cari van masa balik. begitu juga pada sesi sekolah agama tunjukkan kelas dia. Walaupun ummi ada, tp ummi suruh dia naik van sbb nak biasakan dia .. so hari ni ummi cuma pantau dia dari jauh, tak bagi tau dia yg ummi cuti. pagi tadi dah lulus satu bab... tunggu balik sekolah tengahari nanti dan sekolah agama petang nanti plak...

Ummi terlupa nak snap gambar semalam, yang ada cuma gambar masa perhimpunan pagi je... ummi snap dari jauh sbb parent tak dibenarkan berada di kawasan padang perhimpunan tersebut....





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails