Thursday, October 21, 2010

adik aqeel dah niarap...

hari ni ummi nak update kisah dan cerita anak2 ummi malam tadi .... bermula dengan adik aqeel ... adik aqeel dah melangkah satu step ke depan ...  haah???  dah boleh jalan ke....? ... bukan melangkah berjalan la.... melangkah satu step ke depan dari segi perkembangan dia daa... nak boleh niarappp . hari ni umur adik aqeel dah 4 bulan 3 minggu . adik abang twin dulu pun 4 bulan lebih jugak baru boleh niarap..


Jam 5.15 pagi tadi... ummi tengah jemur hang baju kat dapur.... tetiba dengar adik aqeel nangis .... ingatkan nak susu, so ummi pergi la nak nenen kan dia.... tengok2 ni ha... dah meniarap..... selama ni dok golek2 ngiring2 tak lepas...
  ... akhirnya dik aqeel berjaya meniarapkan diri...


Ni plak kisah abang hamizi ngan adik aqeel malam tadi ... sibuk nak bagi pacifier kat adik aqeel...

last2 adik aqeel tak nak, dia masuk mulut sendiri... gian la tu....


adik hazimi plak dengan kisahnya tersendiri....

 .. ummi dah bagi kertas.. sedar2 adik tulis kat kakinya sendiri....

Friday, October 15, 2010

aiman's birthday

Semalam balik je dari nursery abang aiman suarakan hati nak makan french fries feberet dia. Memandangkan hari ni birthday dia, so ummi penuhi je la hajat dia tu... nasib baik baru je nak park keta, kalau dah masuk rumah jawabnya tak de nya la nak kuar balik... tak kuasa ummi nak angkat semua anak2 ummi 4 orang tu masuk keta balik ... dan nasib baik jugak McD kat sini ada drive thru nya..tak payah keluar.... kalau tak.... tunggu je la baba balik baru belikan... ( ye la... takkan ummi nak tinggalkan anak2 ummi kat keta.... bahaya tuuu...)

selamat duit ummi sebab anak-anak ummi ni semua (kecuali adik aqeel kecik lagi mana boleh makan) hanya suka makan french fries ni je...

Lepas maghrib baba pergi belikan kek, just simple birthday kek je... lepaskan hajat abang aiman ...




hepi besday abang aiman...



Thursday, October 14, 2010

14.10.2010 ~ happy birthday abang aiman

hari ni 14 oktober 2010.. refer kat ticker di sebelah tu genaplah umur abang aiman 6 tahun... HAPPY BIRTHDAY to abang aiman... moga abang aiman membesar sebagai anak yang soleh dan be a gud boy ( abang aiman mmg dah gud boy pun). Teringat masa mula2 ummi disahkan mengandung abang aiman setelah hampir 3 tahun menunggu ( sekali keguguran). Gembira dan syukurnya  bila disahkan mengandung , namun... kegembiraan itu tidak lama bila ummi diuji dengan ujian yang amat berat untuk ummi tanggung pada masa itu, dalam keadaan abang aiman baru 2 bulan dalam kandungan.... abang aiman bakal lahir dengan status anak yatim... dan ummi tentunya bakal memegang status ibu tunggal .."ayah " (belum sempat dipanggil ayah pun) pergi buat selama-lamanya akibat serangan jantung.. ALFATIHAH buat "ayah". Ummi masih ingat masa first time ummi buat check up (baru mengandung 2 bln dah daftar check up kat klinik.. maklumla xcited anak pertama...) kat klinik mengandung dan ayah temankan ummi masa tu... kata2 ayah pada ummi : " kali ni je abang hantar dan temankan, lepas ni kena pergi sendiri..." . Memang betul pun... inilah kali pertama dan terakhir "ayah" temankan ummi kerana hanya bebepa hari selepas itu "ayah" pergi meninggalkan ummi buat selama2nya... Terlalu berat ujian ini buat ummi mengandung dan melahir serta membesarkan anak ummi yang bertuah ni sorang2. Nasib baik ada nenek yang temankan ummi malam2, yang jaga makan minum ummi sepanjang mengandung hingga bersalin. Dan juga Cik Ta dan Teh Dah yang banyak berkorban dan berjasa buat ummi temankan ummi dan baby sit kan  abang aiman bila ummi work... tima kasih my dear sis...

Alhamdulillah, sepanjang mengandungkan abang aiman, ummi tidak mengalami apa2 alahan kecuali tak tahan bau telur goreng mata dan juga tumisan. Nasib baik rumah nenek dekat je... dia yang sediakan segala makan minum ummi. Ummi turun makan je kat rumah nenek. Walaupun ummi ni menantu, tapi dia jaga ummi mcm anak sendiri... terima kasih mak..

Apa yang paling menyentuh hati ummi ialah time nak bersalin... dah la ummi kena admit kat ward lama, 3 hari sebelum bersalin sbb tak de rsa sakit apa2, cuma keluar tanda je, (maklumla anak first katakan, tak de pengalaman... keluar tanda je terus g spital) bila time kat labour room tu air mata ummi tak henti mengalir... bila orang lain suami temankan kat labour room, sekurang2 nya bagi support utk kurangkan kesakitan.... tapi ummi sorang2... dan ummi harus tabah dan kuat... demi anak yang "ayah" tinggalkan untuk jadi peneman ummi... dan sememangnya sepanjang 9 bulan mengandung sorang2tanpa suami disisi sememangnya begitu mengajar ummi erti ketabahan, kekuatan dan sememangnya menjadikan ummi lebih dekat dengan tuhan... ummi tidak boleh ikut perasaan, tidak boleh lemah dan tertekan , ummi harus kuat untuk menjaga amanah Allah ini dengan sebaik mungkin... lebih2 lagi anak yatim dan pastinya ummilah ibu dan ummilah bapa...  Mmmm... dah panjang plak n3 ummi ni flashback 6 - 7 tahun dulu..... Apa2 pun ummi syukur pada Allah atas anugerah dan harta yang tidak ternilai pada ummi Abang Aiman dan anak2 ummi semua... Ummi love U all... and happy birthday to abang aiman...

fudnot * ( apa ye hadiah abang aiman nak tahun ni.... ? hadiah birthday baba pun ummi masih hutang... )

Monday, October 11, 2010

ten.ten.ten

semalam tarikh 10.10.10 tak dapat nak hapdet dr rumah sbb pc tengah sakit..  apa yg spesel sgt ngan tarikh tu ye.... ramai yg pilih untuk kawin.., termasuk la sorang ofismate ummi,  dan juga sebagaimana yang satu malaya tahu iaitu datuk dr. sheikh muszaffar. ada juga yg plan utk bersalin tarikh tu.. ( sampai sanggup czer) dan kalu bukak kat paper pun iklan mcm2 tawaran spesel utk tarikh ni... pada ummi, ia biasa saje, seperti tarikh2 yang lain, cuma ia unik dan cantik dari segi angka. 101010. tarikh yang unik yang ada kaitan ngan ummi ialah 101101... tarikh ummi menukar status diri... jadi isteri .he.. he..

Friday, October 8, 2010

cucu . syusyu . susu

lately ni banyak sangat berita kat paper pasal baby tersedak susu terutama kisah2 tersedak susu di nursery atas kecuaian pengasuh. risau ummi mendengarnya...harap2 kat nursery anak2 ummi ni tak mcm tu. setakat ni ummi puas hati ngan pengasuh dan nursery skrg ni. so far abang aiman pun happy kat situ, tak yg seblom ni..., hari2 abang aiman nangis pagi2 tak nak pegi nursery...

Beerbalik pada kisah tersedak susu atas kecuaian pengasuh ni, difahamkan diorang membiarkan baby menyusu tanpa pengawasan... mungkin diorang membiarkan baby menyusu sendiri.... mmm.. ummi pun kadang2 since adik aqeel dah pandai pegang botol susu sendiri ni pun terpaksa  jugak biarkan adik ageel menyusu sorang2 bila nak masak... tapi ummi akan jenguk2 jugak maklumlah risau jugak....


Thank You Allah ~ Maher Zain

Thank You Allah







I was so far from you


Yet to me you were always so close


I wandered lost in the dark


I closed my eyes toward the signs


You put in my way


I walked everyday


Further and further away from you






Ooooo Allah, you brought me home


I thank You with every breath I take.






Alhamdulillah, Elhamdulillah


All praises to Allah, All praises to Allah


Alhamdulillah, Elhamdulillah


All praises to Allah, All praises to Allah.






I never thought about


All the things you have given to me


I never thanked you once


I was too proud to see the truth


And prostrate to you






Until I took the first step


And that’s when you opened the doors for me


Now Allah, I realized what I was missing


By being far from you.


Alhamdulillah, Elhamdulillah


All praises to Allah, All praises to Allah


Alhamdulillah, Elhamdulillah


All praises to Allah, All praises to Allah.






Allah, I wanna thank You


I wanna thank you for all the things that you’ve done


You’ve done for me through all my years I’ve been lost


You guided me from all the ways that were wrong


And did you give me hope






O Allah, I wanna thank you


I wanna thank You for all the things that you’ve done


You’ve done for me through all my years I’ve been lost


You guided me from all the ways that were wrong


I wanna thank You for bringing me home






Alhamdulillah, Elhamdulillah


All praises to Allah, All praises to Allah


Alhamdulillah, Elhamdulillah


All praises to Allah, All praises to Allah.

Thursday, October 7, 2010

mari memasak..

ewahhh.. mcm program masakan plak... bukan itu yang ummi nak citer kat n3 kali ni, tapi spt yg pernag ummi citer kat n3 seblom ni yg hobi si twin ni antara lain ialah suka sgt main ngan tupperware2... so layan la pic kat bawah ni... siap main masak2 lagi 2 beradik tu.... ishhh... ishhh... risau plak ummi, maklumla kan boboy... mana boleh main masak2 cam gegurll... Nauzubillah... hiksss ... 
*
*
*
amboi... khusyuk nya masakkk  .. remote tv jd mangsa

ammars: "ummi..., nanti beso kami nak tolong ummi masakk..."



adik.., tumbuk sambal belacan ke tuu???

Tuesday, October 5, 2010

twin n triplet bermotor

Last week masa ummi dok berblogwalking, terjumpalah satu blog mama yang ada anak kembar 3 iaitu mama nani, mama kepada triplettt.. (faris, fauzi dan fahmi)  kat blog tu dia ada citer pasal pengalaman membesarkan tripletnya yang comel2 tu... dalam tu adalah gambar masa raya tu yang triplet ni naik moto berdua.. ( bertiga sbb tak muat la). so, ummi teringat kat gambar adik n abang masa hari raya tu yang naik motor abang adam berdua. Sama la pulak sbb kedua2 nya pada hari raya dengan berbaju melayu... soo suwit n comel... jom kita tengok...
*
*
*
*
kredit to mamakembar3 (sori curi pic ni)


dan...
*
*
*
*

adik ngan abang

he..he.. he.. ada persamaan kannnn

Friday, October 1, 2010

lagu ~ maher zain.

I praise Allah for sending me you my love

You found me home and sail with me


And I`m here with you


Now let me let you know


You`ve opened my heart


I was always thinking that love was wrong


But everything was changed when you came along


OOOOO


And theres a couple words I want to say


For the rest of my life


I`ll be with you


I`ll stay by your side honest and true


Till the end of my time


I`ll be loving you. loving you


For the rest of my life


Thru days and night


I`ll thank Allah for open my eyes


Now and forever I I`ll be there for you


I know that deep in my heart


I feel so blessed when I think of you


And I ask Allah to bless all we do


You`re my wife and my friend and my strength


And I pray we`re together eternally


Now I find myself so strong


Everything changed when you came along


OOOO


And theres a couple word I want to say


For the rest of my life


I`ll be with you


I`ll stay by your side honest and true


Till the end of my time


I`ll be loving you. loving you


For the rest of my life


Thru days and night


I`ll thank Allah for open my eyes


Now and forever I I`ll be there for you


I know that deep in my heart now that you`re here


Infront of me I strongly feel love


And I have no doubt


And I`m singing loud that I`ll love you eternally


For the rest of my life


I`ll be with you


I`ll stay by your side honest and true


Till the end of my time


I`ll be loving you.loving you


For the rest of my life


Thru days and night


I`ll thank Allah for open my eyes


Now and forever I I`ll be there for you


I know that deep in my hear

satu.sepuluh.dua kosong satu kosong.

He hee... ya yaaa  je tajuk kat atas.. hari ni 1 oktober 2010..@ 22 Syawal 1431. dah hampir sebulan ramadhan berlalu.... kejap je masa berlalu.. dan ini juga bermakna tinggal seminggu je lagi untuk merasa mood raya... open house sini sana... termasuklah ofis ummi hari ni buat jamuan raya.. tapi tak "open ", untuk staf dalaman je... (tak de bajet nak buat open opis ). Tempat keje baba pun buat jamuan raya hari ni .. raya... raya... raya... mudah-mudahan dipanjangkan umur ketemu lagi Ramadhan dan Syawal tahun hadapan Insya Allah. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails