Wednesday, June 29, 2011

Tuesday, June 28, 2011

.:: t'ganu@ KL tower ::.

ini adalah aktiviti kami pada weekend baru2 ni.... jalan2 kat KL tower, kami tak naik Menara sbb awal tahun hari tu kami dah naik Menara... kali ni kami just kat bawah je sempena
*
*
*

 .:: khusyuk ber "cak lempong" ::.



.:: gaya "peace" yang berlainan versi jari...  ::.


.:: T'ganu besttttttt ::.

.:: abang aiman tiru gaya robot dari rantai dan besi2 terpakai ... kretif sape yang cipta ni... ::.
~ kat sini ada pameran pelancongan,  jualan barangan kraf , makanan tradisional, batik dan lain2 lagilah produk negeri penyu ni.... pertunjukan tarian tradisional negeri T'ganu pun ada... twin ammar siap menari lagi.... tapi ummi tak sempat nak snap gambar sbb dukung adik aqeel.... ~

Monday, June 27, 2011

.:: hari ini kasih cinta kami terpatri ::.

hari ini 27 Jun ....  tarikh istimewa..... hari sempena meraikan ikatan cinta dua hati kami....
~ HAPPY ANNIVERSARY ~

terima kasih abang atas kiriman bunga-bunga cinta ini kat ofis tadi...
*
*
*
*


  


terima kasih juga atas belanja lunch tadi kat "dalam sangkar burung" ini ...
*
*
*

~ moga ikatan kasih sayang ini berkekalan hingga ke syurga ~

Friday, June 24, 2011

.:: Jom Teka Bersama Diariummi! ::.



Jom ramai-ramai join segmen teka bersama diariummi ni.... nak tahu syarat dan hadiah sila singgah ke blog diariummi atau klik pada banner kat atas tu...

Wednesday, June 22, 2011

Friday, June 17, 2011

.:: gelagat twin baby yang melucukan ::.

hari ni ummi cuti.... MC .... tak berapa  sihat untuk bekerja, tapi sihat  untuk berblog... he3..
anak2 hantar nursery... so boleh la ummi ngadap lappy ni dgn amannnn... kalau tak, jangan harap... ranapnya keyboard dikerjakan si triplet tuh.... dah rosak sekali haritu....

dalam ummi dok godek2 video2 si twin ni masa zaman baby dulu ni dalam HP lama ummi ni, terjumpalah video ni yang pada ummi amat mencuit hati... melucukan.... baby2 lagi dah "gila kamera" si ammar hazimi a.k.a adik.... bila camera phone tu dihalakan kat dia, dia akan ok, tapi bila HP tu dihalakan kat ammar hamizi a.k.a abang... yang dok sebelah dia tu, mulalah menangis.... dan bila dihalakan padanya semula... dia senyap.... jom tengokk..

*
*
*

.:: abaikan sound effect yang kedengaran tu ya ::.

~ sampai sekarang budak berdua ni "gila kamera"... pantang nampak kamera mulalah sibuk sebut "cheeezzz..." minta ambik gambar dia...selagi tak ambik mula la buat perangai ... nangis..... alahai....~

.:: abang cool ~ adik cebek ::.

.:: ayat seribu dinar ::.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




di pagi Jumaat yang penuh barakah ini, ummi ingin kongsikan mengenai ayat diatas iaitu ayat seribu dinar.. moga apa yang baik daripadanya dapat dimanfaatkan bersama....
*
*
*
 Ayat ini adalah dipetik dari surah Al-Talaaq, ayat 2 -3 yang mafhumya adalah seperti berikut :
 
" Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang  dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" 



Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

*
*
*
*

Jika kita makan di Restoran Islam, didinding selalunya tergantung ayat 1000 dinar yang tulisannya dapat kita baca dari jauh. Ayat 1000 dinar ini adalah sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq.

Ramai orang menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Ramai peniaga menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan supaya perniagaan bertambah maju. Ramai pula yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat.

Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Malangnya, pendekatan sebahagian orang mengenai ayat ini, adalah sesat dan tidak betul. Jika kita lihat terjemahan ayat ini, ia mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal. Oleh itu, pendekatan yang betul untuk mengamalkan ayat 1000 dinar ini ialah dengan bertaqwa dan bertawakkal. Kenalah kita pelajari bab bertaqwa dan bertawakkal..

Kalau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.

Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.

sumber artikel: resepirahsiaku.com

seterusnya kita dengar apa kata ustaz zaharudin mengenai ayat seribu dinar ini...
*
*
*


Thursday, June 16, 2011

.:: tak sabar nak kawin ::.

cuti sekolah lepas kami balik kampung seminggu sempena meraikan ikatan dua hati 3 pasang pengantin baru iaitu pak su hanif ( bapa saudara bongsu ammars ) dan juga sepupu ammars iaitu kak nurul dan kak normah....
apalagi budak 3 orang ni.... pantang nampak pelamin mulalah tak sabar nak panjat... tak sabar nak kawin ye.... sabar ye ammars n aiman.. belum cukup umur...
*
*
*


.:: sanding berempat dengan abang adam (sepupu ammars) ::.

.:: simple but nice dgn fresh flowers... ::.

 .:: aikkk...??? pengantin masih hisap "tutu" ke...???::.

.:: yang ni kat rumah sebelah maksu masa akad nikah... tak de chance nak panjat... dok atas riba pak su n mak su je la ::.

~ selamat berbahagia hingga ke syurga buat pasangan pengantin baru ~

Wednesday, June 15, 2011

.:: wordless wednesday ::.

*
*
*

Tuesday, June 14, 2011

.:: ibu bersubahat suami rogol anak.??? ::.

tak tahu nak kata apa lagi bila baca berita kat bawah ni pagi tadi kat Utusan Online... tak tahu nak percaya ke tidak.... sebab kalau diikutkan akal yang waras , tak sanggup rasanya ibu buat macam tu  lebih2 lagi kat anak sendiri ...ishhh... Nauzubillah.... apa2 pun tunggu je la keputusan mahkamah samada ibu itu bersalah atau tidak...

*
*
*
*


Guru KAFA didakwa subahat suami rogol anak



KUALA LUMPUR 13 Jun - Seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini, hari ini atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya yang didakwa merogol dan mencabul anak perempuannya, tiga bulan lalu.


Suaminya, seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen berasingan dekat sini atas tiga tuduhan merogol serta mencabul mangsa berusia 15 tahun yang merupakan anak tirinya.


Guru agama itu didakwa di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad atas tuduhan bersubahat dengan suaminya yang berusia 36 tahun, menyuruh mangsa membuka pakaian dan menutup mulut.


Kejadian itu didakwa berlaku dalam bilik tidur sebuah rumah di Bukit Ampang Permai dekat sini antara pukul 12 tengah malam hingga 1 pagi, April lalu.


Ibu lima anak itu yang berusia 33 tahun turut didakwa bersubahat dengan lelaki itu terhadap kesalahan sama dengan menyuruh anaknya masuk ke bilik tidur berkenaan antara pukul 12 tengah malam hingga 1 pagi, 12 Mei lalu.


Selain itu, wanita berkenaan menghadapi tuduhan membenarkan pemandu lori itu mencabul mangsa di bilik yang sama antara pukul 12 tengah malam hingga 1 pagi, Mac lalu.


Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 376(3) dan Seksyen 354 kanun sama.


Sementara itu di hadapan Hakim Manira Mohd. Nor, suami guru agama terbabit minta dibicarakan atas tuduhan merogol dan mencabul mangsa pada masa, tarikh dan tempat yang sama.


Lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan 10 kali bagi setiap pertuduhan merogol.


Bagi perbuatan mencabul pula tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.


Pasangan suami isteri tersebut yang tidak diwakili peguam bela tidak dibenarkan ikat jamin oleh kedua-dua hakim yang mengendalikan prosiding.


Timbalan Pendakwa Raya, Zuraini Ab. Hamid memohon di hadapan Hakim Roszianayati agar kes wanita itu dibicarakan bersama tuduhan yang dihadapi suaminya.


Roszianayati membenarkan permohonan itu dan kes tersebut akan disebut di hadapan Manira pada 13 Julai ini.


SUMBER DARI: Utusan Online 
 

.:: bayi dalam beg plastik pulak.. ::.

aduhhh... tak habis2 baca kisah buang bayi ni.... boleh dikatakan hari2... ada je kes2 macam ni.... dimanakah sifat kemanusian seorang manusia.... kejamnya.... salah siapakah ini???

Kat Utusan hari ni ada 2 cerita pasal bayi ni .....

BERITA 1:
Bayi ditinggal dalam beg plastik

KUALA LUMPUR 13 Jun - Seorang bayi perempuan ditemui dalam beg plastik di belakang sebuah pusat hiburan di Jalan Langkawi, Danau Kota, Setapak di sini hari ini.

Seorang lelaki yang mahu keluar dari tempat letak kereta di bawah bangunan tersebut menyedari kehadiran bayi malang itu pada pukul 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, bayi yang sempurna sifatnya itu ditinggalkan dalam beg plastik dengan hanya dibalut sehelai baju T berwarna merah.

Menurutnya, bayi masih bertali pusat itu disyaki berbangsa Melayu.

"Bayi tersebut kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Seorang pengawal keselamatan, Nair Sahar, 19, memberitahu, dia menemui dalam beg plastik itu setelah dimaklumkan oleh seorang lelaki yang meletakkan keretanya di bawah bangunan tersebut.

Katanya, dia segera membuat pemeriksaan dan menemui bayi tersebut yang ditinggalkan di tepi laluan masuk ke tempat letak kereta berkenaan.

"Saya buka beg plastik berwarna putih berisi bayi itu dan meletakkan payung di atasnya bagi mengelak dia kepanasan.

"Saya memaklumkan kepada majikan yang kemudian menghubungi polis," katanya.

ketika ditemui di tempat bayi itu ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, bayi berkulit cerah dan comel itu tidak menangis semasa ditemui.

 
 
BERITA 2:
Remaja beranak dalam tandas, bayi mati

JEMPOL 13 Jun - Seorang remaja berusia 16 tahun melahirkan anak di dalam tandas rumah keluarga angkatnya di Feldajaya Selatan Raja Alias di sini semalam, selepas mengadu sakit perut.

Menurut bapa angkatnya yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 41, dia dimaklumkan isterinya mengenai keadaan anak angkatnya itu pukul 8.40 pagi.

"Isteri saya terdengar jeritan anak angkat kami yang ketika itu berada dalam tandas dan setelah diperiksa didapati dia telah melahirkan seorang bayi.

"Menurut anak angkat kami, dia tidak menyangka akan melahirkan bayi itu kerana kandungannya baru berusia tujuh bulan.

"Dia hanya merasa sakit perut seperti hendak membuang air tetapi tiba-tiba bayi itu jatuh ke dalam lubang tandas sebelum dia lekas mengambilnya," katanya di sini hari ini.

Man kemudian menghubungi ambulans dan melaporkan kejadian tersebut di balai polis berdekatan.

Katanya, bayi itu yang dilahirkan tidak cukup bulan meninggal dunia selepas beberapa minit dilahirkan.

Tambahnya, anak angkatnya itu mengaku terlanjur bersama teman lelakinya berusia 20 tahun dari Melaka tahun lalu dan kehadirannya di rumah mereka sejak seminggu lalu kerana ingin bercuti bersama adiknya.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu dan memberitahu bayi berkenaan telah meninggal dunia sebelum ambulans tiba di tempat kejadian.

"Mayat bayi dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk dibedah siasat. Remaja yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu difahamkan datang bercuti ke rumah keluarga angkatnya," katanya.

Katanya, polis akan memanggil remaja itu yang kini menerima rawatan di Hospital Jempol untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Kata Mohd. Sabri, kes itu disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Sumber berita : Utusan Online. 
 
.:: gambar hiasan ~ adik aqeel ::.
~ ummi cuba bayangkan adik aqeel yang comel ni jika berada ditempat baby itu.... aduhhh.... tak sanggup ummi....!!!!!! ~

*
*
*
*
*
~ sekarang bulan Jun.... kalau  di reverse 9 bulan dan 7 bulan yang lalu ... jatuh pada bulan Ogos dan bulan Januari... adakah dan mungkinkah kerana sambutan kemerdekaan dan sambutan tahun baru yang mengundang kepada perlakuan sumbang ini ... ??? Wallauhua'lam... .  siapa yang perlu dipersalahkan ???
















































Sunday, June 12, 2011

.:: tahniah tranung ~ terima kasih klate ::.

Akhirnya keputusan piala FA skuad penyu VS skuad kijang terjawab dimana skuad penyu berjaya membawa pulang piala FA.... tak sia2 ummi layan arena mlm ni dengan anak2.... baba and the gang layan live kat stadium...



.:: tranung supporters .. sebelum bertolak ke stadium.. ::.


TAHNIAH buat pasukan tranung.... dan TERIMA KASIH la buat klate sebab "hadiahkan gol" buat tranung .... dimana dengan "hadiah" yang tak disangka itu telah mengubah nasib tranung yang pada awalnya macam tak de harapan je.... tapi dengan "hadiah" daripada klate diminit2 terakhir, akhirnya tranung berjaya menjulang piala FA.... TAHNIAH....

Friday, June 10, 2011

.:: kasih yang suci ~ nora elena ::.

dah lima hari menyepi tanpa apa2 entri... penyakit kemalasan yang kronik menguasai diri...

saje nak review sket pasal drama yang hangat diperkatakan kini dislot akasia TV3 yang disiarkan jam 7.00 malam isnin - khamis nih... for me....jarang tengok secara langsung kat TV... almaklumla masa amatla tak sesuai kerana waktu ni adalah waktu saya berperang dengan senduk kuali kat dapur.... uruskan anak2 (mandi semualah) dan juga waktu mengadap Illahi (solat).... so kalu tengok pun atas ehsan sape2 yang sudi upload kat YT je...

Disebabkan drama ini jugalah novel yang drama ini diadaptasi meletup2 laris dipasaran.... KASIH YANG SUCI ... hebatnya penangan nora elena nih....


sumber : google books

sape2 yang berminat nak baca preview novel ni boleh klik kat SINI... tapi tak dapat la nak baca semua... beberapa pages je..... kalau nak baca keseluruhan kena beli sendiri la kannn... kalu boleh baca semua secara online kat sini tak laku plak novel tu kat pasaran....

kredit to: google books

Sunday, June 5, 2011

.:: our new mak su ::.

.:: selamat pengantin baru pak su... ~ hanif & liya... semoga kekal bahagia hingga ke syurga... ::.





Alhamdulillah... akhirnya pak su (adik baba ) selamat disatukan dengan pilihan hatinya,  mak su liya pada 3 Jun 2011... moga kekal bahagia hingga ke syurga ... esok pagi majlis sambut menantu pulak kat rumah tok baba... so agak sibuk sehari 2 ni... moga majalis esok berjalan lancar....

Friday, June 3, 2011

.:: celebrating aqeel 1st birthday ::.

Actually birthday adik aqeel pada 28 mei lepas, tapi kami tangguh sbb nak celebrate kat kampung... ramai sket dgn untie uncle and cousin...simple je.... ni pun dah terlewat sebab dari rumah tok (nenek sebelah ummi), pastu singgah pekena sup terbaekkk dulu kat kg ummi ni... dekat pukul 9 mlm baru singgah SR beli kek, pastu kat KFC plak kena tunggu  setengah jam jugaklah... pukul 10.00 mlm baru sampai rumah tok (nenek sebelah baba).. jam 10 lebih baru bermula... kelam kabut jugak la... tak sempat nak gantung belon bagai... (walhal terlupa... dah bawa balik dah)...
*
*
*








.:: nanes tak nak ngan tok... maklumla jarang jumpa tu yang takut2 tu ::.

.:: hisshh... budak 3 orang ni makan kek abis comot muka , baju dan juga lantai..::.

.:: birthday boy.... agak moody malam ni sbb dah ngantuk.. ::.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails