Sunday, September 29, 2013

..:: Kelab kembar Malaysia: Mahabbah d'Raya 2013 ::..


tanggal 29 September 2013, Kelab Kembar Malaysia (KKM) sekali lagi menganjurkan perjumpaan utk gang2 kembar. kali ini berlangsung di Kompleks Sukan Negara (Stadium Panasonic) Shah Alam.. dengan dihadiri lebih kurang 80 family / pasangan kembar...





Upin dan Ipin pun ada... adik aqeel takut Upin Ipin ni sbb besar sangat katanya....











ber "chicken dance" bersama upin Ipin... 


sempat tengok bola lagi... maklumlah... stadium...

baba menang game.. dapat hamper..




princess ummi ni tak sihat... demam  selsema... muka pun semacam je... kesiannn...

Saturday, September 14, 2013

..:: merah... biru... hijau ::...

Akhirnya... setelah sekian lama kami mengidam nak basikal.., hari sabtu lepas  barulah tertunai idaman hati kami itu.... setelah hampir rm500 melayang duit ummi kami... dapatlah kami sebuah sorang.... biru pilihan si abang a.k.a hamizi.., merah pastinya warna kegemaran adik a.k.a hazimi dan hijau idaman aqeel harrazi. Actually masa birthday kami mac lalu ummi kami offerkan basikal sbg hadiah birthday.., tp kami tak nak sbb kami nak hadiah lain masa tu... iaitu hadiah "askar tegap" dan "omenn"..

Tapi.... masa balik kampung masa raya baru ni.. kami tiba2 teringin dan mengidam sangat2 nak basikal  sbb tengok sepupu2 kami ada basikal.. kami pinjam dan cuba naik basikal2 tu.... ooohhhh bestnyerrr naik basikallll .. so, kami bertiga tuntut semula kat ummi hadiah yg ummi offer dulu tu....  dengan suara lemah lembut penuh pujian dan bodekan ...

"ummi.... ummi cantikkkk.... ummi ada duit takkk... boleh tak beli basikallll...., ummi kan work banyakkk... banyak la duit.... boleh la ummiiii"

"Okeelahhhhhhhhhhhh...(punya lah panjang ok tu... mcm x ikhlas jer ummi..) . Nanti balik KL baru boleh beli...  nk beli kat sini mana muat nk sumbat 3 bijik basikal ngan barang lagi...."

"Yayyyyyyyyyyyyyy... saaaaaayanngggggg ummiiii"

Thursday, September 12, 2013

..:: kisah aku.., pen dan kaki ::..

Aku ialah seorang budak lelaki yang sangat kreatif ., pantang jumpa pen.... pasti gatallll sangat tanganku nak mencoretkan sesuatu bagi menunjukkan betapa kreatif dan aktifnyer tanganku... ini bukanlah kali pertama aku melakarkan hasil kerja seni tanganku ini.... sebelum ini aku jua pernah melakarkan  seni kreatif ini di SINI. kali ini aku cuba untuk melukis di betis ini agar betisku yang tak gebu ini kelihatan lebih menarik.... kreatif tak aku....yaa... aku memang seorang budak yang kreatif.... dan banyak akal...  saya suka buat ummi saya pening dengan kerenah sayaaa.... biar laa.... saya nak uji kesabaran ummi saya....
*
*
*
 cantik tak hasil kerja tangan saya ni..??? *
*
*
*
*


tiba-tiba.... saya mendengar suara yang tak best di dengar...
*
*
*

 "adikkkkk.. apa adik buat ni.... bla...bla...bla... bla..bla...bla..blaaaaaaa (bleber)."

*
*
*
"sorry ummi.... peaceeeeeeeeeeeeeeeeeeee"



Sunday, September 1, 2013

..:: duit raya 2013 ::..

Hari ni baru berkesempatan sort sampul2 duit raya putera puteri ummi 5 orang nih..  nak kira x sempat lagi sbb elok2 selesai asingkan mengikut nama masing2 puteri comel tu plak bangun .. so  cpt2 simpan sblm mek comel tu sepah2 kan semula..

Nanti ada masa ummi kira dan simpan kat asb masing2...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails