Friday, October 28, 2011

.:: terlentok gakk ::.

ni mmg tiru mama kembar 3 punya tajuk dalam entri INI... tapi ini adalah versi lentokan twin ammars dan adiknya aqeel... kira cam triplet jugak la kan....




Diorang ni kalu balik kampung je diletakkan dalam car seat macam ni sbb perjalanan jauh dan senang nak tidur dan selamat sket...., ngam2 3 car seat kat tengah tu dan abang aiman kat belakang...  kalau pergi mana2 dalam KL je mmg diorang tak nak nya dok dalam car seat ni...terutama adik aqeel sbb dulu2 masa kecik ummi selalu pangku je dia...., berbeza ngan twin ammar sbb dua orang, so nak adil mmg dari kecik dua2 letak dalam car seat je...

 sekarang kalu nak tidor terlentok je teruss... tp wajib ada susu..

kalau hari2 biasa, carseat ni permanently diletak dalam mr wira ummi je sbb pukul 6.30 pagi dah keluar rumah nak kena hantar nursery dan sekolah abang aiman, dan kadang2 diorang still tidor lagi.... so  mmg ngam2 adik aqeel punya kat depan, twin ammars punya kat belakang kiri kanan dan abang aiman dok tengah2... mmg muat2 je utk putera2 ummi 4 orang ni....

Tuesday, October 25, 2011

.:: sama gaya ::.

kalau lihat kat gambar ni sekali imbas pasti ingatkan ini pasangan twin ammars...
*
*
*

ini adalah ammar hazimi dan adiknya aqeel harrazi, bukan dengan pasangan kembarnya ammar hamizi.. Bila pakai baju sama colour ni cam kembar.. Dah la size lbh kurang je... Bila diorang bertiga jd triplett...

Friday, October 14, 2011

.:: happy birthday aiman ::.

Hari ni 14 Oktober 2011, genaplah umur abang aiman 7 tahun....  happy birthday my dear son... *
*
*
*
Moga anak ummi ni jadi anak yang soleh.... jadi abang terbaik buat adik2.... bukan buli adik2 ya abang aiman....

seperti biasa, ummi dan baba siapkan sedikit goodies  buat kawan2nya, asalnya nak bagi kat kawan2  nursery je seperti biasa, tapi since dia dah bersekolah ni, abang aiman request tahun ni nak bagi kat kawan2  kelasnya... so ummi siapkanlah 40 packs untuk 36 orang classmatenya.... lebih bagi cikgu katanya...




hadiahnya apa ya??... ummi belum decide lagi..... tp budak ni request kat baba nak ipad.... ishhhhh budak2 zaman sekarangggg.... sorry yaa.... umur baru masuk 7 tahunnn...

Wednesday, October 12, 2011

Tuesday, October 4, 2011

.:: Kembar Siam dipindah ke HKL ::.

Alhamdulillah... kembar Siam dari Terengganu dah dibawa ke HKL untuk pemantauan dan rawatan lanjut.... masa program konvoi ke kelab kembar ke rumah hidayati hari ahad baru2 ni, pihak kelab ada buat kutipan untuk sumbangan pada kembar ini, dan Alhamdulillah... dapat kumpul sebanyak RM400...

Mungkin tuan pengerusi boleh fikirkan utk kalab buat lawatan ziarah ke HKL nanti.....

*
*
*


Kembar Siam dipindah ke HKL



KEMBAR Siam Nur Shazwanie (kanan) dan adiknya, Nur Shazrinie dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.


KUALA TERENGGANU – Pasangan kembar Siam, Nur Shazwanie dan Nur Shahzrinie, yang ditempatkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini akan dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan susulan.
Bapa bayi itu, Zulkifli Ngah, 41, berkata, keputusan untuk memindahkan anak ketiga dan keempatnya itu dibuat bagi membolehkan mereka menjalani imbasan dan rawatan lebih rapi.
Beliau sendiri menyertai kedua-dua anaknya itu ke Kuala Lumpur untuk mengikuti perkembangan lanjut sebelum sebarang keputusan dibuat termasuk operasi pembedahan.
“Kami akan bertolak pukul 11 malam ini (malam tadi) dan saya hanya berharap agar anak saya selamat menjalani imbasan di HKL nanti,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan mengenai keadaan pasangan Nur Shazwanie dan Nur Shahzrinie yang dilahirkan bercantum pada bahagian pusat hingga dada ketika dilahirkan pada 22 September lalu.
Ketika dilahirkan, anak kepada pasangan Zulkifli dan Noraini Mohammad, 32, itu mempunyai berat empat kilogram, namun pihak hospital masih belum mengesahkan sama ada percantuman itu melibatkan organ penting.
“Ketika imbasan pertama dibuat, doktor memaklumkan yang kedua-dua anak saya berkongsi hati dan jantung, namun selepas imbasan kedua, nampak macam mereka tidak berkongsi jantung,” jelasnya.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Sumber: Kosmo Online.

Monday, October 3, 2011

.:: gang kembar rai kembar ::.

lamanya tak update.... mood hilang ntah kemana...

Semalam kami join gang kembar FB meraikan birthday dan akikah gang kembar iaitu anak norhidayati kat shah alam... untungnya eida ni, dua kali bersalin dah dapat 4 orang anak..

kami konvoi2 ramai dari tempat berkumpul di stadium shah alam, rasanya lebih  30 famili semuanya...

layan gambar je la ya.... ini sikit je... saje kongsi2.... nak upload byk2 tak mampu dah... dan mata pun dah layu nak citer panjang...









tuan rumah... punya 2 pasang kembar.. 1st twin dua2 lelaki dan yang baby tu sepasang... untungnya dia...

tuan presiden en. huszaini ngan tripletnya... mana sorang lagi eh?

puan fatma ngan tripletnya... comelll..



........................jumpa lagi .......................


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails