Setakat ini Alhamdulillah... ummi berjaya beri BM sepenuhnya pada baby areefa dan berharap agar ummi berjaya sampai umur 2 tahun... maklumlah abang2 sebelum ni semuanya x sampai separuh jalan... 6 bulan je dah tak nak BF.... frust sebenarnya ummi kerana x berjaya BF putera2 ummi ni...... so, utk kali ini, azam ummi nk BF dan beri BM shj pada baby areefa... harap2 ummi berjaya kumpulkan stok dan rezeki untuk baby areefa sentiasa ada.. InsyaAllah...
ummi x kisah bila pergi dan masuk keje 2 minggu lagi hilang "keayuan" ummi kerana terpaksa galas bagpack perkakasan spectra yang agak besar tu... demi baby areefa... biarlah... cuma... bila nak fully BF ni, bab makan mmg x leh nk control... sentiasa lapar dan tak bleh nak berdiet2 sangat... so... target ummi nk turunkan berat badan hingga 50kg mungkin kecundanggggg... alahai.... huhuhuu... biarlahhh...
harap2 ummi ada ruang dan peluang untuk ummi pump BM kat ofis utk bekalan nursery baby areefa, maklumlah bidang tugas dan kerja ummi ni berhubung dengan orang awam dan x tentu masa.... kadang2 nk makan pun x sempat..
Note: agak2nya nanti ummi kena gantung signage "DO NOT DISTURB.." kat tombol pintu bilik ummi kot setiap 2 - 3 jam sekali.... boleh ke ...????
1 comment:
wah...berjaya gak erk..tahniah2
Post a Comment