Wednesday, April 20, 2011

imam muda...

Saje nak share event yang berlangsung malam tadi secara langsung kat astro oasis.... (eerrr... malam semalam la...) nak ambil berkat dan aura para bakal imam2 dan mudah2an anak2 ummi semua bakal bergelar imam jugak la ye..... Insya Allah....

Actually, Imam Muda ni ialah KPI menteri jabatan ummi... memandangkan Imam Muda musim 1 dulu berjaya menarik perhatian dunia, maka YB Menteri mahu teruskan pencarian Imam Muda musim ke-2 la pulak...
(Ummi tumpang bangga gak seposen sbb imam muda musim 1 dulu bilik ummi dan bilik kawan umi mama emi (mama twin nazneen & nazreen)ni jadi pilihan untuk shooting episod yang kaunseling rumahtangga tu :D  ... cantik ke bilik aii??... ferasannnn... walaupun tak de la cantik mana pun, tp kemas skit la kot compared to others 8.. maklumla kami berdua je fempuan kat situ... he...he..  )
*
*
.:: imam muda ::.

gambar ihsan : Utusan Malaysia 


.:: perasmian disempurnakan YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B) ::.

.:: our big big big bossss ::.

.:: barisan para mursyid... ::.
Tuan Mawi, tak sia2 Datuk lantik kau jadi PRO jabatan... berbaloi2....)

.:: harapan datuk pengarah untuk melihat kejayaan IM2 ::.
(my big boss n big big big bosss ... & orang kuat astro )

.:: imam-imam yang bakal berjuang ::.



18 April 2011 (Ahad) – Peserta Singapura dan Negara Brunei Darussalam antara yang tersenarai sebagai 10 calon Imam Muda 2, yang diumumkan melalui siaran langsung Astro Oasis dari Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), malam tadi.

Majlis memperkenalkan peserta musim kedua ini dirasmikan oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dengan diiringi oleh YBhg. Tuan Haji Izelan Bin Basar, Pengurus Saluran Astro Oasis, YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah JAWI dan YBhg. Encik Khairul Anwar Bin Salleh, Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro.

Antara peserta Imam Muda musim 2, Ali Khairudin Abdul Marif, 26 (Sabah), Mujahid Suhaimi, 20 (Singapura), Mohd Hassan Adli Yahaya, 26 (Perak), Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 (Johor), Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20 (Selangor), Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27 (Terengganu), Zulfadli Awang, 24 (Brunei), Ammar Wan Harun, 27 (Kedah), Mohd Azlan Zulkarnain, 25 (Kuala Lumpur) dan Abdul Fattah Riddzwan, 21 (Negeri Sembilan).

Ustaz Hasan Mahmood Al-Hafiz, Bekas Imam Masjid Negara, sekali lagi dipilih sebagai Mudir (Pengetua) yang akan membimbing calon Imam Muda dan dibantu Mursyid (Mentor) Ikmal Zaidi Bin Hashim, Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim, Tuan Asmawi Bin Tuan Umar dan Zulkefli Bin Hamat.

Hadir sama, YB. Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama suami, YBhg. Dato’ Abdul Shakur Bin Abu Bakar, YBhg. Datin Seri Hajjah Fatmawati Binti Haji Saidin, isteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Datin Hajjah Rakiah Mariana Binti Latiff, Isteri Pengarah JAWI.

sumber gambar dan berita dari JAWI.

 
 

1 comment:

nurainmeow said...

Teringat ada seorang ustazah yang merupakan client company saya, nak kenalkan Imam Muda pada saya katanya... rasa segan pulak bila ada yang kata begitu,maklumlah saya ni saudara baru, masih jahil lagi ttg selok belok agama, takkanlah Imam Muda yang nak berkawan dengan saya yang tak semenggah mana ni . . .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails