Friday, November 26, 2010

gaya tido si twin ~ ammars 2

Dah lama ummi tak buat n3 kat blog ni, disebabkan kesibukan yang amat dan juga kemalasan yang .... 
Sebelum ummi nak cerita pasal tajuk kat atas tu, ALFATIHAH dan takziah untuk keluarga arwah Aisyah... mama kepada kembar 3 yang ummi mmg follow blog diapun... meninggalkan 6 orang anak termasuk kembar 3 yang masih baby pada 22 November lalu... ALFATIHAH..

Berbalik kepada tajuk diatas, sebelum ni ummi pernah buat n3 pasal gaya tido si twin ni, disebabkan ada beberapa keping gambar yang ummi snap dah lama tersimpan, so kali ni ummi publishkan kat sini.... gaya tido si twin 2...

*
*
*



Tak selalunya gaya tido ammars ni mcm ni, kdg2 tunggang langgang jugak, cuma bila ummi tengok gaya yang sama dan posisi yang menarik ni ummi snap la.... (itupun kalu ummi rajin dan ada mood).


Tuesday, November 9, 2010

abang aiman's convo...

Pada hari khamis lepas, 4 november 2010 merupakan hari convo abang aiman.. bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan... Tahniah..tahniah.... tahniah..... ceewaahhh ... beria2.... macam la konvo ipt... padahal tadika je.... tapi takpe la kan... saja meraikan dan beri semangat pada abang aiman.... moga lepas ni konvo lagi 3 - 4X hingga ke PHD ... Insya Allah... ummi doakan anak2 ummi semuanya berjaya hingga keperingkat tertinggi ( ummi sendiri tak tahula mampu ke tidak melangkah keperingkat lagi tinggi... ntah2 kekal setakat degree ni jer... cita2 ada, tp kemampuan dari segi masa dan keadaan ngan twin dan baby yang tecik ni terpaksa la ummi pendamkan dulu hasrat dihati... 2 orang ofismate ummi baru je dapat cuti sambung belajar.... bestnya.... gaji jalan.., ilmu dapat... cuti dapat.....jeles...jeles.... Insya Allah ada rezeki turn ummi plak .) walaupun convo tadika je, tapi 5 hari jugalah berlangsung sesi pagi dan petang, melibatkan semua tadika Islam dibawah MAIWP di Wilayah Persekutuan KL dan WP Labuan pada hari Isnin semalam. Abang aiman nya tadika sesi petang bermula jam 2.30  pada 4 nov hari tu. Hari pertama pada 1 November 2010, dirasmikan dan disampaikan oleh YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di JPM. Masa time abang aiman plak disampaikan oleh CEO, (big boss baba la ni). Sessi petang bersama abang aiman hari tu lebih kurang 300 orang murid... dekat 5.30 baru habis.. jom layan pic abang aiman..... merahnyaaaa......
*
*
*
*

  ........ sama merah ngan carpet tuuuu ....
  

 bersama ngan cikgu niza

~ muka mcm anak cina tp mata bolattttt ~

abang aiman tgh terima scroll... (sayang gambar gelap. nanti ummi dapatkan gambar tersebut dari profesional photog hari tu..)


*********** @ **********
** rupa2 nya ada juga blogger yang anaknya konvo sekali ngan abang aiman, tapi lain hari .... kak farra. **

Monday, November 8, 2010

weekend @ tasik perdana...

Memandangkan dah lama tak beroutdoor activity dan tambahan pulak cuti 3 hari this week, so baba suggest la pergi tasik titiwangsa..... jogging la kononnn... So pepagi semalam terus la ke Tasik Titiwangsa... sampai je kat sana, jalan jam.... parking penuh ... dan orang pun ramai yang amat..(mcm ada program besar je sbb ramai yang pakai t shirt "fox") , so baba ubah planning pergi Tasik Perdana je..... .





adik aqeel plak tgh tidur terus ummi angkat masuk keta... masih berbaju tido

abang hamizi:  buai laju2...

hamizi vs hazimi : sape lagi berat....


Lariiiiiii... siapa paling laju.....

 ammars sedang berjogging...
 abang aiman tengah excited tengok ikan dan angsa kat tasik tu.... hati2 abang aimannn... jangan terjun plak....



 adik aqeel tak leh keluar... tecik lagi... dok diam2 dlm stroller je... 
abang aiman ni nak berjogging ke nak main bola sepak.... (anak baba fanatik chelsea tu )

********************************* ## ******************************

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails