Friday, August 2, 2013

..:: Alfatihah buat sahabat... ::..

Al Fatihah buat sahabat ust. Ibrahim bin Hailee... Moga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

Berita dari UTUSAN hari ni....





© Utusan Melayu (M) Bhd 

SRI AMAN 1 Ogos - Empat pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sarawak termasuk Penolong Pengarahnya maut manakala dua lagi cedera termasuk seorang parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori balak di Skrang dekat sini hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.15 petang ketika Ibrahim Hailee, 35, bersama lima lagi pegawai Jakim dalam perjalanan ke Betong untuk menghadiri program berbuka puasa bersama masyarakat di sana.
Ibrahim yang memandu MPV jenis Toyota Innova berkenaan serta tiga lagi mangsa, Harliani Hanani, 29; Halimah Hamrie, 30; serta Qurratu Aini Rolfandy, 23, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Mangsa yang parah dan dilaporkan kritikal ialah Fakih Ikhwan yang kini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS), manakala yang cedera ringan ialah Firdaus Ahmad, 23, dan dirawat di Hospital Betong.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mat Jusoh Mohamad memberitahu, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku selepas lori balak tanpa muatan itu gagal dikawal ketika melalui satu selekoh sebelum masuk ke laluan bertentangan
“Kejadian itu menyebabkan MPV dipandu Ibrahim yang menghala ke Sarikei gagal mengelak lori berkenaan lalu bertembung.
“Akibat pertembungan itu, MPV mangsa remuk dan terhumban ke bahagian kanan jalan. Pemandu lori terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Mat Jusoh, mayat kesemua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130802/dn_19/Empat-pegawai-Jakim-maut-nahas#ixzz2alVxrjsP
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sumber berita dan gambar : Utusan Malaysia


Petang semalam on the balik dapat call dari kawan ( Sue)  mengatakan yang Ibrahim ni meninggal kerana teribat dalam kemalangan on the way utk majlis berbuka puasa....  Ust. Ibrahim ni ummi kenal masa kami sama-sama induksi pada tahun 2005 . Batch kami seramai 64 orang dan kami agak rapat sbb hampir sebulan kami sama-sama di "dera" masa induksi.. dan arwah ni satu group ngan ummi masa pecahan group kecil2 ni...

.. Arwah kat belakang ummi.... muka masa ni bukan main lagi sbb kena "dera"...


..masa group discussion... dalam hutan ni.. 

 walaupun kami ditempatkan dimerata negeri, kami still jumpa juga bila ada kursus dan kami bakal berjumpa lagi untuk kursus pada bulan November ni.. namun Allah lebih menyayanginya... ALFATIHAH..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails