Wednesday, October 12, 2011
Tuesday, October 4, 2011
.:: Kembar Siam dipindah ke HKL ::.
Alhamdulillah... kembar Siam dari Terengganu dah dibawa ke HKL untuk pemantauan dan rawatan lanjut.... masa program konvoi ke kelab kembar ke rumah hidayati hari ahad baru2 ni, pihak kelab ada buat kutipan untuk sumbangan pada kembar ini, dan Alhamdulillah... dapat kumpul sebanyak RM400...
Mungkin tuan pengerusi boleh fikirkan utk kalab buat lawatan ziarah ke HKL nanti.....
*
*
*
Kembar Siam dipindah ke HKL
Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my
mustapa.lakawa@kosmo.com.my
![]() |
KEMBAR Siam Nur Shazwanie (kanan) dan adiknya, Nur Shazrinie dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. |
KUALA TERENGGANU – Pasangan kembar Siam, Nur Shazwanie dan Nur Shahzrinie, yang ditempatkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini akan dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan susulan.
Bapa bayi itu, Zulkifli Ngah, 41, berkata, keputusan untuk memindahkan anak ketiga dan keempatnya itu dibuat bagi membolehkan mereka menjalani imbasan dan rawatan lebih rapi.
Beliau sendiri menyertai kedua-dua anaknya itu ke Kuala Lumpur untuk mengikuti perkembangan lanjut sebelum sebarang keputusan dibuat termasuk operasi pembedahan.
“Kami akan bertolak pukul 11 malam ini (malam tadi) dan saya hanya berharap agar anak saya selamat menjalani imbasan di HKL nanti,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan mengenai keadaan pasangan Nur Shazwanie dan Nur Shahzrinie yang dilahirkan bercantum pada bahagian pusat hingga dada ketika dilahirkan pada 22 September lalu.
Ketika dilahirkan, anak kepada pasangan Zulkifli dan Noraini Mohammad, 32, itu mempunyai berat empat kilogram, namun pihak hospital masih belum mengesahkan sama ada percantuman itu melibatkan organ penting.
“Ketika imbasan pertama dibuat, doktor memaklumkan yang kedua-dua anak saya berkongsi hati dan jantung, namun selepas imbasan kedua, nampak macam mereka tidak berkongsi jantung,” jelasnya.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
Sumber: Kosmo Online.
Monday, October 3, 2011
.:: gang kembar rai kembar ::.
lamanya tak update.... mood hilang ntah kemana...
Semalam kami join gang kembar FB meraikan birthday dan akikah gang kembar iaitu anak norhidayati kat shah alam... untungnya eida ni, dua kali bersalin dah dapat 4 orang anak..
kami konvoi2 ramai dari tempat berkumpul di stadium shah alam, rasanya lebih 30 famili semuanya...
layan gambar je la ya.... ini sikit je... saje kongsi2.... nak upload byk2 tak mampu dah... dan mata pun dah layu nak citer panjang...
tuan rumah... punya 2 pasang kembar.. 1st twin dua2 lelaki dan yang baby tu sepasang... untungnya dia...
tuan presiden en. huszaini ngan tripletnya... mana sorang lagi eh?
puan fatma ngan tripletnya... comelll..
........................jumpa lagi .......................
Subscribe to:
Posts (Atom)
