Thursday, March 24, 2011

kembar 3 ke..???

Pertanyaan yang sering diajukan bila kemana mana ialah..... mr./mrs X: " Ehh...kembar ke...?? "  >  ummi: A'aa... kembar.... > mr/mrs X: "...kembar 3 ke??.." > ummi: ... tak lah.... dua je.... yang ni (refer kat adik aqeel ) adik kembar..."  >  mr/mrs X: "... oooo ingatkan kembar 3 tadi... " > . ummi: (senyum je la..)

Persolan ini sering diajukan sbb ummi biasanya akan pakaikan baju budak 3 orang ni (kadang-kadang 4 orang termasuk abang aiman la) dengan baju sama warna... tapi yang kembar punya 100% sama warna sama patern nya... lagipun saiz adik aqeel dengan ammars ni tak beza sangat pun... selang setahun je pun umurnya... dan ummi pernah buat entri pasal twin triplet ni . boleh baca kat sini.
*
*
*







>>>>>>>*<<<<<<<<<


Note: ummi bila menulis kat blog ni memang guna bahasa melayu yang betul... skema la ummi ni... kadang-kadang je terbabas jugak.... he3... bukan apa, sebab ummi selalu tunjuk blog ni kat anak-anak ummi untuk diorang baca kisah diorang. So ummi tak nak rosakkan bahasa melayu diorang dengan ayat ringkas yang sukar difahami.. ceewahhh.... padahal ummi malas banyak kerja  nak  menjawab pertanyaan terutama abang aiman ( ye la.. sbb yang lain tu belum pandai baca lagi.., tengok gambar je la...) bila tak faham apa yang ummi tulis...







4 comments:

Kelab Kembar Malaysia said...

sekali imbas memang nampak kembar 3 nih!!

~: nisa :~ said...

huszaini: berangan kot2 lps ni dpt triplet gigirl plak cam aunis...

Zakiyah Zainon said...

kembar dengan adiknya beza berapa tahun?

~: nisa :~ said...

zakiyah: kembar esok genap 2 tahun ( 25 Mac 2009), adik aqeel nak masuk 10 bulan (28 Mei 2010).. setahun 2 bulan je beza..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails