Friday, May 6, 2011

Elak guna penapis air..???

sekadar berkongsi artikel yang dipetik dari Harian Metro hari ni....

Rasanya kebanyakan rumah memang ada memasang alat penapis air ni samada di meter air atau pun kat paip singki dapur, tak kiralah apa brand pun dari yaang mahal harganya ribu riban dan juga yang harga murah bergantung kepada jenis dan brand penapis tersebut...
tambahan pula biasanya kita tertarik untuk membeli penapis air bila terpengaruh dengan penerangan salesman produk tersebut yang pastinya ingin membuktikan produk mereka adalah yang terbaik dengan ditunjukkan contoh atau sample air dari penapis air nya bagi menarik hati customer...

 



sumber pics: google..

(gambar2 kat atas tu hanya sekadar contoh dan hiasan semata2 ,bukan untuk promote penapis air tersebut... dan juga  tiada kaitan dengan artikel kat bawah ni...)
 
Kebanyakkan dari kita membeli penapis air tersebut disebabkan ketidakyakinan kita dengan air yang dibekalkan kerumah kita...  ya lah... kadang-kadang bila buka je paip air kat singki dapur tu... airnya bukan berwarna putih jernih..... so pastinya siapa2 pun tak lalu dan tak sanggup nak guna .. apatah lagi nak minum.... 
 
apa2 pun jom kita baca apa pulak kata SYABAS mengenai air yang dibekalkan kerumah2 kita ni....
*
*
*
Elak guna penapis air
Oleh Shuhada Mansor

KAJANG: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak menggalakkan orang ramai memasang alat penapis air pada meter air utama rumah mereka kerana ia menyebabkan air yang ditapis mudah dicemari bakteria.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Kualiti Air, Aset dan Sumber Strategik Syabas, Roowina Merican A Rahim Merican, berkata air yang ditapis itu tidak mempunyai kandungan klorin menyebabkan bakteria seperti E. coli dan Coliform sukar untuk dihapuskan kerana tiada tindak balas dengan klorin.

“Air yang bertakung di dalam tangki simpanan air rumah mudah untuk dicemari bakteria ini kerana kitaran tidak kerap berlaku disebabkan penggunaan air yang tidak banyak oleh pengguna,” katanya pada Kempen Kesedaran Pengguna Mengenai Kualiti Air di Universiti Tenaga Nasional.

Beliau berkata, sebagai pengguna kita tidak setiap hari menggunakan air, jadi apabila air yang dicemari itu digunakan ditambah pula kandungan karat dari tangki yang masuk ke dalam air, ia memberi kesan buruk kepada pengguna seperti gatal badan.

Bagi kategori rumah teres, air dari meter utama disalurkan kepada dua bahagian iaitu terus ke singki dapur dan dipam naik ke tangki simpanan air yang terdapat di setiap rumah manakala, bagi kategori rumah bertingkat pula, penduduk dari tingkat bawah sehingga tingkat empat menerima bekalan air terus dan penduduk tingkat seterusnya dibekalkan air dari tangki simpanan.

“Penggunaan penapis air adalah hak individu dan kami tidak menghalang jika orang ramai mahu memasang alat penapis air ini di rumah mereka,” katanya.

Menurutnya, apa yang penting, Syabas yakin dengan kualiti air yang dibekalkan kepada 7.3 juta pengguna yang menepati piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah program Kawalan Mutu Air Minimum Kebangsaan.

“Pengetahuan mengenai kualiti air ini akan diteruskan dalam Kempen Kesedaran Pengguna yang dianjurkan Syabas setiap bulan ditujukan kepada semua pengguna termasuk domestik dan komersial di samping bersama-sama memikul tanggungjawab dalam memastikan air yang diminum sentiasa bersih,” katanya.

Hadir sama, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Kualiti Air dan Aset Syabas, Muhamad Darif Idris dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Alumni dan Pengurusan Uniten, Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha.


Note: apapun jaminan SYABAS kat atas tu... pada saya penggunaan penapis air lebih memberi keyakinan menggunakan air lebih2 lagi untuk minum...

2 comments:

Huszaini said...

kalau macam tu, pasang kat dapur jerlah kat sinki, sebab nak guna untuk minum dan masak...

ibu syafiq said...

thank's bg info nih...sgt bguna...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails