Wednesday, May 11, 2011

.:: derita yang mengundang bahagia ::.


Disini saya ingin berkongsi sebuah kisah rumahtangga yang pada saya mungkin boleh dijadikan pengajaran dari apa yang baik darinya....

Artikel ini saya lupa dari mana sumbernya saya copy... tapi yang pasti dah lama tersimpan kat HD saya ni...
Menurut penulis kisah ini adalah kisah benar..... dan saya cukup tersentuh hati dengan wanita cekal ini... biasanya bila terjadi keadaan atau situasi yang dihadapi seperti wanita ini, isteri2 biasanya mengambil  keputusan untuk bercerai...   tapi saya tak nak salahkan isteri2 yang mohon cerai ini kerana setiap orang berhak membuat pilihan dan menentukan masa depan terbaik buat dirinya... cuma yang saya cukup terkilan dengan isteri2 yang kadang2 masalah remeh temeh pun jadi punca nak bercerai......

Apa2 pun jom baca dan kongsikan bersama kisah wanita yang cekal ini....

DERITA YANG MENGUNDANG BAHAGIA



Kisah ini adalah kisah benar dan berlaku di sebuah kampung yang terletak di sebuah daerah Muar, Johor.Puan Salmah (bukan nama sebenar), kalau sekali pandangpada raut wajah yang tenang dan lembut itu, tentu kitatidak sangka beliau pernah menanggung penderitaan yangbegitu hebat sekali.


Segala-galanya bermula selepas dia dikahwinkan denganseorang pemuda pilihan orang tuanya di kampong tersebut. Pada awal perkahwinan mereka, rumahtangganya harmoni dan aman damai. Tetapi sejak kelahiran anaksulungnya, suaminya mula berubah sikap. Dia menjadiseorang penagih dadah dan banyak menghabiskan masanya bermain judi. Bila kalah berjudi, dia akan pulang kerumah dan meminta duit daripada isterinya. Kalau tak diberikan, akan dipukul dan disepak terajang tanpa rasa belas kasihan sedikit pun. Begitulah setiap hari dilaluinya dengan perasaan takut, cemas dan menderita mengenangkan nasib diri serta keluarganya.


Akhirnya kerana tak sampai hati melihat penderitaan Salmah, ibunya menyuruh suami Salmah menceraikannya. Salmah pun diceraikan dan pulang ke rumah ibunya.Tidak lama selepas penceraian itu, datang pula seorang pemuda melamarnya. Kalau diikutkan rasa hati, dia sudah serik untuk berkahwin lagi. Tapi memikirkan masa depan anaknya, dia menyetujuinya.


Bak kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi.Lelaki yang diharapkan dapat membela nasibnya, rupanya menjadi pengikis hartanya pula. Nasibnya tak ubah seperti keluar dari mulut harimau masuk ke mulutbuaya. Suami keduanya juga pembengis dan suka main perempuan. Seringkali dia menjadi mangsa sepak terajang kerana tak mahu memberinya duit. Sehingga lembik tubuh dikerjakan, barulah dilepaskannya.


Saban hari begitulah nasib yang akan diterimanya.Badannya semakin kurus, matanya cengkung, mukanya pucat dan badannya sudah tak bermaya lagi. Tubuhnya calar-balar dipukul dengan kayu ataupun hanger baju.tak terkata betapa hancur hatinya ketika itu. Tetapi dia sendiri pun takut untuk mengadu pada sesiapa.Pernah dia mengadu pada jirannya, bila suaminya dapat tahu, lagi teruk dia dibelasah. Sejak hari itu dia tak berani lagi mengadu pada siapa pun.


Tetapi dia masih ada tempat pergantungan. ALLAH. Di sanalah dia mencurahkan segala penderitaan batin yang ditanggungnya selama ini. Seringkali dibisik-bisikkan pada dirinya; walau berat penderitaan yang di tanggungnya, masih ada lagi orang di dunia yang nasibnya lebih buruk lagi. Itulah saja yangdiulang-ulangkan demi memujuk hati yang remuk-redam.Pasti Allah tidak sezalim itu membiarkannya begitu.Tentu ada sesuatu yang berharga di sebalik penderitaan yang ditanggung selama ini. Saban malam sewaktu suaminya keluar berpoya-poya dengan perempuan lain,Salmah sujud mencurahkan rasa hati pada Allah swt. Dia rasa tenang, dapat berbisik-bisik dengan ‘Kekasih’nya tanpa diganggu. Tidak pernah dirasakan ketenangan yang sebegitu rupa dalam hidupnya. Tenang kerana dapat tempat yang sewajarnya. Dia dapat rasakan cintanya berbalas.


Kini barulah dia memahami apa erti di sebalik kisah hidupnya yang terlalu tragis itu. Mengapa dua kali dipertemukan dengan suami yang pembengis? Rupanya,Allah mahu dia meletakkan rasa cinta dan tempat pergantungannya pada Dia. Bukan pada makhluk yang serba lemah itu (suaminya). Wahai isteri-isteri yang sedang menghadapi masalah seperti puan Salmah ini ataupun menderita akibat dimadukan oleh suami, jadikanlah penderitaan puan Salmah ini sebagai iktibar.


Sejak hari itulah puan Salmah mula berjinak-jinak dengan ceramah agama. Selama ini dia terlalu jahil dalam selok-belok agama: Mungkin kerana kegagalan memikat hati suami menyebabkan suaminya mencari perempuan lain.


Setelah ilmu dipelajari, dia cuba mengamalkannya.Setiap kali suaminya pulang ke rumah, dia sudah bersiap dengan pakaian yang mengghairahkan, senyuman yang manis dan bersedia untuk memenuhi hajat suaminya. Suaminya terkejut besar melihatkan perubahan pada isterinya itu. Macam-macam dikata pada isterinya; buang tabiatlah, sengaja nak gunakan ilmu sihirlah dan berbagai-bagai lagi dikatanya. Tapi Salmah tetap melayani suaminya sepertimana yang dipelajarinya.


Walaupun dia telah berusaha memujuk suaminya, namun tergila-gilakan perempuan jalanan yang mengikis poketnya dari melayani isterinya di rumah. Bagi PuanSalmah memanglah tidak semudah itu seseorang boleh berubah. Walau bagaimanapun dia masih tetap bersabar dan memberi masa untuk suaminya berubah. Dia yakin suaminya juga sedang membuat perubahan diri. Buktinya suaminya sudah kurang memukul, menerajang mahupun menamparnya sejak kebelakangan ini. kalaupun diamarah, dia akan terus keluar rumah dan tak balik-balik sampai dua tiga hari.


Walaupun puan Salmah mengetahui suaminya masih ‘main perempuan’, tapi bila tiap kali suaminya pulang kerumah, dia akan berhias untuk suaminya, berwangi-wangi dan melayan suaminya dengan manis muka. Sampaikan ibunya turut memprotes, “Kau ni dah gilakah? Apalah yang engkau layan sangat suami yang curang begitu. Dia bukan sayangkan engkau lagi. Dia tak heran dengan layanan engkau tu. Di luar pun dia boleh dapat lebih dari itu.”


“Biarlah dia buat begitu. Diakan masih suami saya.Saya wajib melayaninya dan taat padanya. Dosa yang dibuat tu, itu antara dia dengan Allah.”


Begitulah saban hari dilayani suaminya sehinggalah akhirnya suaminya berubah hasil kesabaran dan akhlaknya itu. Sewaktu pihak kami menziarahinya, masih kelihatan parut-parut di tangannya, tapi dia cuba melindunginya kerana tidak mahu kami melihatnya. Diajuga tidak mahu gambarnya diambil.


Bila ditanya apakah rahsianya boleh melayani suaminya walaupun mengetahui perangai buruknya itu, dengan selamba dia menjawab, “Saya terhutang budi padanya.Kerana sikapnya itulah saya mendapat hidayah dariAllah.”


Begitulah sebuah kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Masih ada lagi wanita yang berjiwa seperti Siti Asiah; sanggup bersabar menghadapi suami yang zalim. Walaupun mungkin penderitaannya tidak seberat penderitaan yang ditanggung oleh Siti Asiah yang berhadapan dengan kejahatan Firaun yang menghukum bunuh sesiapa yang tidak sujud padanya. Bagaimana dengan anda wahai wanita yang bergelar isteri-isteri? Apakah suami anda sezalim itu? Jika tidak, anda masih bertuah dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggung jawab. Sepatutnya setiap wanita mensyukurinya, jangan pula sebaliknya,merungut-rungut, memendam rasa dan sering bermasam muka bila berdepan dengan suami. Andainya demikian,isteri itu pula yang menzalimi suaminya……. Maaf, bukan saya hendak merendah-rendahkan wanita


SUMBER: lupa dari mana.. kepada penulis cerita ini jika terbaca blog saya ini mohon izin ya saya publishkan kat sini. TK.

2 comments:

conangirlz said...

mmg tabah..klo btol..masyaALLAH, sgt sabar..moga cerita nie jad tauladan buat kite semua.. :)
thnx kak share kt cnie.. :)

Izan Ishak said...

masyaAllah...tabahnya wanita ini. harap2 kita pun dapat menja setabah dan sekuat wanita ni dlm menghadapi cabaran dlm berumahtangga...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails