Friday, April 29, 2011

tahi lembu pun berharga..

Nak tahu berharga atau taknya tahi lembu , boleh baca berita kat bawah ni.... jika sanggup larikan 52 guni tahi lembu yang dijadikan baja tu maknanya berharga lah tu....  Ingatkan getah sekerap je yang menjadi mangsa pencuri.., tahi lembu pun jadi pilihannn....

.:: agaknya beginilah rupa tahi lembu yang dilarikan tu ::.

.:: proses buat baja ::. 
sumber gambar dari SINI 
credit to: Ecah
* * * * * **************************************** * * * * * *

berita penuhnya kat sini
*
*
*
Kena cekup larikan tahi lembu


2011/04/29


MERSING: Demi mendapatkan wang secara mudah, empat buruh sanggup melarikan 52 guni baja tahi lembu dari sebuah ladang dekat Sungai Ambat di sini, petang kelmarin.

Namun, kegembiraan kumpulan pencuri terbabit yang membawa sebuah lori ketika mencuri baja bernilai RM4,000 itu berakhir apabila kenderaan dinaiki dipintas dan ditahan polis dua jam kemudian. Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rashid, berkata sepasukan anggota polis digerakkan untuk mengesan kumpulan berkenaan selepas menerima maklumat mengenai kejadian terbabit. “Polis mengesan kenderaan yang digunakan mereka di Kahang. Pemeriksaan mendapati ia sarat dengan muatan baja tahi lembu yang dilaporkan hilang.

“Siasatan polis mendapati, empat lelaki berusia lingkungan 40-an yang ditahan itu pekerja kontrak yang ditugaskan menyelesaikan kerja membaja ladang sawit di FELDA Sungai Ambat.

“Sebelum mencuri baja terbabit, semua suspek menjalankan kerja membaja di ladang berkenaan, namun mula bertindak memunggah bahan buangan haiwan itu ke dalam lori selepas yakin keadaan itu selamat kerana percaya ia boleh dijual kepada pembeli yang berminat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Nor berkata, semua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut kes mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri baja berkenaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan denda.

sumber : berita harian online

1 comment:

Kelab Kembar Malaysia said...

asalkan dapat duit... semua boleh jadi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails