Thursday, April 21, 2011

buli balik...


buli balik....  ni bukanlah entri untuk mengulas  atau pun nak promote filem Afdlin Shauki tu..., tapi untuk menceritakan ragam twin ammars ni yang sekarang sudah terbalik sikap atau hobi membuli yang dahulunya dipelopori dan dikuasai oleh si adik hazimi yang bermuka notti itu.... dimana mangsanya ialah si abang hamizi.. nak baca pasal kisah kenottian adik dulu boleh refer kat SINI .  Sekarang  turn around 360 degrees... abang hamizi pula yang sekarang ini begitu terserlah sikap nottinya walaupun air mukanya agak innocent compared to adik hazimi.... abang sekarang pula yang suka sangat  buli membuli adik ..., dan kadang2 adik aqeel pun jadi mangsa sama... sedangkan dulu dia begitu terserlah sikap penyayangnya pada adik aqeel....  ishhh.. apa dah jadi... apa nak jadi... hobi abang sekarang suka membuli  ( sila baca dalam nada lagu Tan sri S. M. salim ya...)...

Apa-apa je yang ada kat tangan adik dirampasnya walaupun dia dah ada pun barang tu kat tangannya... sampaikan kdg2 dah penuh kat tangan tetap nak jugak ambil yang adik punya... itu kalu bab barang2..

Kalau bab pukul plak, boleh je tiba2 marah dan pukul atau nak gigit adik... kadang2 tak pasal2 tolak adik... asyik cari gaduhhh je... ishhh... pening ummi....

Tapi nak gaduh sentiasa tu tidak jugakk.... ada masa boleh berbaik jalan pegang tangan
sama2 macam yang ummi cerita kat entri INI.
 

... boleh main dan naik motor sama-sama...


...menjayakan projek rahsia sama-sama....

...masak-masak sama-sama ...



juga kadang-kadang boleh share makanan sepinggan atau minum segelas...


Kadang-kadang bila mandi saling gosok-menggosok  dan sabun menyabun (ada ke ayat ni??) antara satu sama lain... juga saling sapu menyapu bedak kat badan, juga tolong garu menggaru gatal antara satu sama lain.... happy dan cejukkk je hati ummi nengoknya saling sayang menyayangi dan tolong menolong antara satu sama lain macam ni...

tapi itu la kannn... nama lagi budak2 macam2 la ragamnya.. ada baik.... ada yang tak berapa nak baik... ada yang kurang baik.... sebabnya budak2... belum matang untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk, yang mana boleh dan yang mana tak boleh.. apa yang diorang buat apa yang diorang fikirkan nak buat tanpa memikirkan akibatnya.. yang difikirkan hanya keseronokan.... itu yang bila abang buli adik dia akan ketawa dan gelak2 bila adik nangis... dia rasa seronok  tengok adik nangis la tu... sama juga bila diorang saling tolong menolong sabun menyabun, bedak membedak atau garu menggaru... diorang akan gelak sama-sama.... saling gelak mengelakk ketawa..... yang penting rasa seronok dan happy....

Gang-gang twin yang lain macam mana ya.... cam gini jugak ke.... atau baikkk je... tak de gaduh2 ehhh... jom kongsi-kongsi kong sinyi ( ehh.. CNY la plak..)

AMARAN: Terdapat banyak kata ganda digunakan dalam entri ini.... kepada  yang masih belajar, sila jangan guna kata ganda ini dalam karangan atau penulisan anda kerana ianya belum tentu betul dan wujud dalam kamus bahasa..saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda gagal dalam subjek BM anda.

2 comments:

Kamalia said...

hahaha,samala ngan twin sy..selalunya Faeiq yg buli Faeiz..Faeiz ni jenis yg agak sensitif dan lemah lembut orgnya..Faeiq pulak agak ganas..jd,yg selalu kena buli adelah Faeiz..tp,ade masala diorg ni gaduh2..slalunya main sama2 n buat benda mesti nak sama2 jugak..
eh,sy pun byk gakla kata ganda..:p

Elly Emmy said...

comel kan gelagat diorang.. seronok tgk.. kejap baik.. kejap gaduh.. hehehe.. lepas tu leh berkongsi2 plak..bertuah betul kita kann...ada anak twins.. dapat merasai semua tuuu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails